H*&l (2)

13 08 2008

hari ni

takda mood nak buat keje.. semua keje aku taichi kat CC aku.. nasib baik la dia paham perangai buruk aku ni.. reti bagi keje, tapi kat tempat aku, aku dok layan facebook, friendster, portal, berita harian, utusan malaysia and of course, wordpress.

memang these few days, i can’t sleep well.. tido kol 2 or 3 pagi.. bangun kol 7. tu pon kalo dapat bangun kol 7. kepenatan malam tadi memaksa aku lanjutkan sket tidurku sampai kol 7.30. kesian orang umah sebelah. terpaksa tunggu lama sket.

petang tadi sebelum balik, terserempak ngan Datuk KSU. postpone kejap plan nak balik awal. terpaksa dok menempek kat opis sebab tanak la dia nampak aku balik awal (kat opis aku, kalo kol 6.30 tu consider terlalu awal utk balik). then dia tegur aku, cakap aku nampak letih dan pucat serta sedih. part sedih tu yang aku tak tahan. rasa nak gelak je. actually, kalo aku pakai lens kat opis, mmg aku akan menunjukkan muka yang sedih. sebabnya? aircond kat opis membuatkan mata kering, so aku terpaksa kecikkan sket saiz bukaan mata aku untuk mengelakkan lens permanently lekat kat mata aku. tp memang aku terasa letih dan terlalu penat. mungkin tak cukup rehat or tido. tapi yang aku tak tahan tu, dia boleh cakap camni:

KSU: Why do you look tired these few days? You look pale and sad. I thought after your engagement, you are happy?

Me: I am happy Datuk! (read: I’m tired of the work la Datuk!!)

Esok pepagi kena gi damansara. letih!! letih!! letih!!





A Week in H*&L!

13 08 2008

Huaaa… minggu ni blom lagi berakhir.. tp i rasa mcm i dah tak larat nak keje sini lagi dah.. sejak ada “boss” baru ni, semua tak leh dok diam… tak sempat satu keje abeh, keje lain yang lebih urgent datang.. kekadang tak reti dah nak nak bagi priority.. kejap kejap dia nak yang itu, kejap kejap dia nak yang ini..

Kesan kena bebel oleh KSU minggu lepas tak kebah lagi… minggu ni plak jadi mcm ni.. minggu depan tak tau lagi ape yg nak jadi…

malam tadi ada discussion over dinner dengan prof dari UUM.. buat kat nikko hotel… 4 orang makan, rega RM460.00. seb baik boss yang banjer… balik dah kol 11 mlm… smpi umah dah tentu kol 12 lebey… petang smlm plak erin kena langgar.. berdentum tak hengat nye… abeh calar balar erin ku…

macam-macam maklumbalas yang kena reply… dengan floor plan utk opis baru yg serabut tu tak siap lagi.. tambah lagi dengan training program yang berlambak nak dibuat…. RM8.3juta utk dihabiskan dalam masa 4 bulan ni… gilossss… tu tak masuk lagi karenah budak2 opis ni.. tiap2 hari nak timbulkan masalah…

banyak dateline dah nak dekat… rasa mcm takleh nak meet la plak.. makin banyak last minute work yang datang menyinggah… slalu je pening pala kat opis… beli panadol satu papan, 3 hari dah abeh dah… ape lg yg lebih power dr panadol eh?

esok mungkin kena gi damansara lagi.. tgk site and bincang ngan konsultan… sblm gi tu dah tentu kena prepare floor plan n other requirements.. pening pening.. sampaikan smlm nak translate ayat “arrangements can be made..” ke dalam bahasa melayu pon takleh nak pikir dah.. wat malu je kena tanya kerani cemane nak translate bendalah tu…

sian MySayang.com. takleh dah nakgi dating slalu.. tak lama lagi puasa… huaaaaaaaa…

adoi la.. kalo la blog ni boleh berbicara, mesti dia menjerit sbb dengar keluhan2 ni…

ada sesape leh arrange my transfer out from this ministry? ahaks…

smalam roadtax baru dah sampai.. ada brader yang sopan dan baik hati dr MyEG tlg hantarkan.. 27 ogos ni leh la nak tempek roadtax baru tu…

ujung minggu ni gi kedah lak.. ada wedding invi.. sape nak ikot? ada lagi 3 seat available.. huhu… maybe balik hari je.. gi pagi sabtu balik ptg tu gak.. ahad ada satu lg wedding invi, tapi kat putrajaya je.. petang tu MySayang.com balik kelantan lg… hadoiii.. sangap la jawabnya nanti…

Quote: Aim at the star. If you drop, you may still land on the moon which is higher than earth!





Hadiah untuk dia…(lagi)

10 08 2008

haaa, erin dapat hadiah baru hari ni… kali ini dia dibolehkan untuk mengaum dengan lebih kuat! (ke kentut dengan lebih kuat? hahahah) ahaks… papa bayar RM370 untuk bontot baru erin hari ni..

jumaat lepas papa renew IC erin… skali ngan insurans nyawa erin.. semua nya berjumlah RM940… erin ni high maintenance gak eh? huhuhu.. takpe, i love u!

yang lama

yang baru

amacam?





080808

8 08 2008

hari ni semua menulis mengenai tarikh 080808. well, hampir semua la. yup, mungkin ada spesel mengenai tarikh ni. ada yang berakad nikah hari ni (tahniah to hamfatullah (my school mate), ija n shukur (nolee’s staff)).. ada jugak yang start kapel hari ni… ada yang break hari ni (adoi).. ramai yang mengimbau kenangan lama, mengenai rancangan nak kahwin pada tarikh ni yang akhirnya tak jadi…

to me, tarikh ni takda la important mane pon.. tahun depan ada 090909. tahun depannya lagi ada 101010. pastu ada 111111 (lagi best), akhirnya ada 121212. pastu kena la tunggu sepuluh abad lagi untuk start 010101 (1 januari 3001) yang mana aku pasti, jasad yang ada hari ini tidak akan dapat sampai ke tahun itu..

hari ini juga (080808), menyaksikan aku menyambung semula tali persahabatan dengan dua orang kawan yang dah terputus agak lama.. takda la sampai stahun pon, berbulan2 je.. tapi rasa best sgt sbb dah berkawan semula.. sorang dak opis aku, sorang lagi opis lain. sape mereka? takyah la cerita kot.. huhu

hari ini juga aku mencabar encik zahack supaya encourage anak gadisnya “pop out” pada tarikh 080808. hahaha… nampaknya macam tak berjaya je.. takpe zahar, cuba lagi tahun depan.

hari ni juga, aku dapat bayangan yang aku mungkin akan ditukar keluar daripada Institut ini.. huhuhu,. syahdu bila kena marah oleh KSU tadi. berdesing telinga, tercabar maruah…

alamak, tinggal 5 minit je lagi sebelum 080808 berlalu… kena publish cepat ni, karang tak sempat lak nak blogging pada 080808..

ok, chowzz





Insomnia?

8 08 2008

malam ni bertambah la lagi satu hari aku takleh nak tido. badan memang penat. otak memang letih. malangnya mata tak nak lelap.

teringin gak nak kacau memember. biar sama2 tak tido. tapi tak sampai hati. hahahaha.

sape yang nak volunteer untuk diganggu time2 macam ni?

ekekekeke…





Fennat

7 08 2008

minggu ni minggu yang penat.

minggu depan pun dikhuatiri minggu yang penat.

isnin ngan selasa lepas di Persidangan Perkhidmatan Awam kat INTAN. ermmm, sort of la.. pasal banyak masa dihabiskan dengan melepak kat bilik kawan2 kat UDPA, rather than mendengar intipati persidangan.. hahaha.. jahat tull kan? mcm rugi je opis bayar RM600. tu la, lenkali jangan campur adukkan peserta di kalangan JUSA dengan pegawai gred bawahan ni.. kan dah jadi segan dah nak bercampur gaul.. haha..

smalam lak kena gi miting pagi pagi buta.. lepas miting, wat report. petang lak kena gi wat verifikasi stok. keje yang paling tak best walaupun power menulis report tu amat berkesan di dalam menjatuhkan air muka jabatan yang berkenaan.. hehehe… keji tull kan? but report must be fair la kan? mane leh wat report berdasarkan hasad dengki. tu pun kena ikut mood jugak.. keh keh keh

hari ni si pengarah dah menempek kat depan meja ni haa… nak makan bekfes nasi lemak kerang pon tak sempat. sakit jiwa dowwhhh… lepas tu plak berduyun duyun pegawai datang nak minta maklumat untuk star rating kementerian. huhu, bikin kaco la MAMPU ni… seb baik semua soalan boleh dijawab ngan tenang, aman dan damai tanpa menimbulkan suasana tegang…

esok tak tau lak ape yang nak timbul… floor plan opis baru tak siap lagi ni.. rasa nak engage je consultant ke arkitek ke.. tapi ape leh buat.. institut ni takda duit…

tadi bengang ngan PAR and pemandu… ingat korang tu bagus sangat ke? sampai nak melawan pegawai? mentang2 la korang tua lagi dari aku… kalo tak, dah lama aku tendang korang masuk tasik kat belakang opis ni.. nasib baik bila aku komplen korang kat pengarah, dia leh cakap, ” saya tak peduli diorang tu. sumbangan diorang bukannya banyak sangat.. takda diorang pun kita boleh idup..” hahahaha… korang tunggu la bila tiba masanya nanti… oleh sebab aku ada kuasa, aku akan syorkan korang ditukar ke pejabat pedalaman kat malaysia ni.. hahahaha… keji kan? gila kuasa kan? tapi nak buat cemane.. padan muka korang…

minggu depan kena jadi pengerusi buka tender… tender apa, takleh nak bagitau.. sbb tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 (surat ada depan mata… huhu)

so kesimpulannya, sampai tahun depan je la aku keje kat sini.. dah nekad dah nak minta transfer.. kalo tak leh, gi wat master… tu je kaedah berkesan untuk keluar dari kepompong.. hahaha…





Gegar gegar gegar

3 08 2008

Hari ini saya menaiki ERL dan komuter untuk ke midvalley mega mall. dari smalam lagi saya berkeinginan untuk ke sana tetapi memandangkan keadaan jalan yang teramat sesak, saya gagal untuk memasuki tempat parking midvalley. hari ini saya mengambil keputusan untuk menaiki kenderaan awam. ERL was ok, tapi bila naik komuter, masyaAllah! tobat dah lepas ni!

kat midvalley ada maybank treats fair. it’s when you can shop with your treats points. point saya tak banyak, ada dalam 21 ribu lebih je. so, saya beli yang ini:

harga biasa adalah RM399.00. Harga point yang ditawarkan adalah 25,000. so saya beli bendalah ini dengan harga RM80 + 18,000 points. hmmm, murah kan? huhuhu… tadi nyaris nak beli kerusi urut ogawa tu. harga biasa RM7799. dia offer RM4991. boleh wat installment lagi tu. Seb baik la ada orang menahan saya daripada membelinya. hahahahahaha





Ikhlas ke tak?

1 08 2008

Kerani: Encik Sani, tolong sign baucer ni semua

Me: Tanak!! CC dah stop elaun tanggung keje saya start 21 julai ari tu sbb perjawatan saya dah pindah!

Kerani: dah tu, sapa nak sign?

CC: Encik Sani, saya tak jadi stop elaun tu sebab PSM cakap pindah perjawatan tak bagi kesan kat elaun tanggung keje.. so Encik Sani nye elaun masih berjalan…

Me: ok, bak sini semua baucer tu.. saya sign.. hahahaha

*******************************************************************

eventhough kawe gurau je pasal tu, it made me think, ikhlas ke kita wat keje or sekadar disebabkan duit je?

oh, kawe akan berpindah ke damansara, hopefully lepas raya nanti.. tu pun kalau renovation ofis baru boleh siap cepat.

hari ni dapat memo suh attend Persidangan Perkhidmatan Awam isnin n selasa depan. tak tau nak pegi ke tak sebab senarai peserta dari the ministry hampir semuanya JUSA. yang lain ada yang gred 54, ada yang gred 52. kawe sorang je gred 44. segan siot…

p/s: elaun tanggung keje M48 = RM4427.36 / 4 = RM1106.84 (hahahaha.. riak sungguh!) Astaga!





Dari facebook

30 07 2008

September 23, 1981

Lucky Color: Teal
Personality Strengths: Chivalry, Bravery
Personality Weakness(es): Weak-heartedness
Successful Career Path: Fashion
Sense of Humor Style: Obscure
Adjectives to Describe You: adventurous, enterprising

Description:Enterprising and creative - you see things that most people fail to even dream about. You see the world from a unique perspective and that gives you a natural advantage in most regards. Talented to the point of being almost prodigal, one can only hope that you utilize your talent and make something great of your life.





Air Asia

16 07 2008

ingat lagi tak yang ini?

haaa… saya dah pun menjalani minor surgery yang sungguh menyakitkan iteww.. dan hasilnya? saya mendapat cuti sakit selama 3 hari dan akan kembali ke pejabat hari isnin minggu depan… so esok saya akan balik ke kuching untuk bercuti sakit! hak hak hak…