Feeds:
Posts
Comments

Archive for October, 2007

otak ku berkata, “padan muka”!

sempena cuti raya minggu lepas, aku dah biasakan diri tido lewat and bangun lewat. minggu nie dah start keja. takleh tido malam. 2 malam lepas, aku tido pukul 3.30 pagi. mlm tadi aku tido lagi “awal”.. pukul 5 pagi. bangun pagi nakgi keje, otak mcm sedang vibrate. pedih sangat nak buka mata.

kitar tidurku dah terganggu. macam mane nak menormalkan kembali cycle ni? takkan nak amik cuti lagi? dah rasa bersalah sebab cuti raya lama sangat.

pil tidur? hmmm…..

Advertisements

Read Full Post »

Foreign vs Local

something interesting happened last sunday night.

i went to this gerai makan with mysayangku.com at serdang. most of my friends will know the gerai nasi air. kebetulan plak, there was a football match between myteam2 (sucks) and indonesia youth team. no wonder la that gerai penuh.

as we sat down and ordered some food, suddenly everyone around us was cheering and clapping hands. so i tengok la kat screen besar tu. rupanya team berbaju merah has scored a goal. at first i didn’t know which team it was. either myteam or indonesia. after some time, i realised that it was the indonesian team. rupa-rupanya, kat sekeliling kitorang adalah mat-mat indonesia yang dtg nengok game tu.

then i wondered, nie baru satu gerai yang penuh dengan mat-mat ina (i read a pekeliling not long ago that the indonesian government has officially requested malaysian government not to address their people as INDON, instead they insisted on the term INA. so there u have it, MAT-MAT INA.. sounds feminine huh?) what about gerai-gerai lain? all over the country? patut pun sekarang kecoh pasal lambakan pekerja-pekerja asing di malaysia. and according to an unofficial statistic from my ministry, there are a an estimated number of 2.5 millions foreign workers here in malaysia. and for me as a orang malaysia yang biasa, that number is considered huge!!

when the malaysian government first brought in the foreign workers, it was meant only for a few sectors in the industry due to lack of manpower and labour from local people. if i’m not mistaken, the first MoU between malaysia as the source country and indonesia as the sending country was signed way back in late of 1980’s. then, it was followed by a number of other sending countries such as India, Vietnam, Nepal and others.

the very most important criteria when a majikan wants to hire foreign workers is that they must advertise the vacancies for at l month to utamakan pekerja tempatan. should there be no response, then they are allowed to bring in the foreign workers. but i think what happen today is that because of the high komisyen of bringing in foreign workers, the agents usually will directly bawa masuk pekerja asing without giving the locals an opportunity. other reasons on why majikan lebih berminat untuk menggaji pekerja asing adalah kerana they do not need to mencarum kepada EPF, SOCSO and others. gaji pun lebih rendah berbanding dengan apa yang local workers demand.

but whatever it is, our local talents and local workers should be given more chances to try their best to do the job. foreign workers should only be limited to certain sectors only, in which our local workers are not interested, especially the 3D’s environment; Dirty, Dangerous, Difficult.

Pekerja Produktif Negara Kompetitif

p/s: mind my grammar and vocab. i am a weak person :p

Read Full Post »

adehhhhh

tadi saya sakit perut. memula masa buang air kecil, saya terasa jantung saya berdegup dengan pantas dan luar biasa… kemudian saya terpaksa bersandar ke dinding sekejap untuk mendapatkan kekuatan diri sedikit.

lepas tu, saya muntah. tak banyak. kemudian, terasa sakit perut. saya cirit birit. lepas tu muntah lagi. sesi kedua muntah nie, banyak yang keluar. seterusnya, ia berulang dua tiga kali. lepas mengadu kat mak (nie yang beshhh balik umah nie), saya telan panadol dan minta mak buatkan air teh.

selepas itu barulah saya rasa sedikit kelegaan. saya baring sahaja kerana terasa letih.

adakah saya tersalah makan? well, petang tadi saya cuma makan puding roti yang mak saya buatkan. agaknya sebab sebelum itu perut saya kosong.

berhati-hati apabila makan. anda tidak nampak bakteria yang ada.

Read Full Post »

Nyanyi sini sana

is it something weird not to have aSTRO on the television??

well, i have an AsTRO account myself, but it’s registered under the address of Seri Kembangan. HEre in Kuching, we also subscribed to AStRO, but the set is placed kat tingkat bawah and my room is at tingkat atas. so, the TV set in my room doesn’t have the ASTrO channel.

apa yang menarik kat rancangan percuma (TV 1, TV 2, TV 3, nTV 7) ni adalah, boleh dikatakan 80% daripadanya terdiri daripada rancangan hiburan. I just thought these national television channels are supposed to be informative, not online singing here and there. kekadang amat membosankan apabila keempat-empat saluran memaparkan rancangan menyanyi sempena aidilfitri. oh, by the way, kat sini takda siaran TV 8 and TV 9.

sekarang ada orang sedang menyanyi kat TV 1 dan TV 2. TV 3 pula cerita yang kurang menarik. nTV 7 ada rancangan drama berbahasa cina (made in malaysia). so maybe it’s best to tutup tv.

Read Full Post »

Tuan-tuan, puan-puan, saudara dan saudari yang dihormati sekalian,

hari ini merupakan hari persandingan buat sahabat saya, encik azra nuhairi di Telipot Road, Kelantan. Agak sedih rasanya kerana tidak dapat bersama-sama beliau untuk meraikan persandingan yang penuh bermakna buat dirinya. Untuk itu, saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru, Semoga Kekal Hingga Ke Anak Cucu dan Selamat Menembak!


p/s: Gambar ini adalah hakcipta yang terpelihara oleh KArtunis yang dihormati ramai, Lat. Saya sekadar meminjam sebentar sahaja dan tiada tujuan untuk melanggar hakcipta berkenaan

Read Full Post »

:-)

Read Full Post »

Hari ini

hari ni

terasa sedikit pening. ada orang menghilangkan diri. esok pun akan menghilangkan diri. lusa mungkin. adakah untuk sepanjang minggu?

hari ini

makan dengan banyak. lebih banyak daripada biasa. mungkinkah akan terjadi, apa yang pernah terjadi?

hari ini

mula terasa risau. kerja yang dibawa balik belum pun dimulakan. ada 5 hari untuk disiapkan. tapi masih tidak tahu, di mana hendak bermula. adakah sudah hilang kekompetenan?

hari ini

banyak persoalan gila bermain di kepala. terasa hendak dimusnahkan, namun kurang terdaya. apakah muslihat kepala masih akan terus berlegar?

hari ini

akan tiba ke penghujung. esok permulaan yang baru. esok hari yang akan indah lagi daripada hari ini. esok hari minggu!

Read Full Post »

Older Posts »