Feeds:
Posts
Comments

Bye Bye…

Sempena Ulangtahun Perkahwinan Daddy and Mummy yang pertama pada 1 Mei 2010, Daddy ingin mengumumkan bahawa daddy akan berpindah ke rumah baru… klik lah gambar bye bye kat bawah ni eh…

Advertisements

Mencari Jodoh

terjumpa plak gambar ni.

syabas la makcik, makcik memang hebat…. memang berani… chaiyukkkk…

tidak! daddy belom hilang akal.. daddy saja main-main option translate page yang google chrome ada ni… dan ini lah hasilnya bila daddy translate blog daddy ke bahasa indon….

wahahahahahaha…..

Anak Daddy lagi….

daddy nak letak gambar anak daddy plak…

ni percubaan dia untuk gelak (ikut kata mummy dia)

semalam opis daddy wat jamuan perpisahan sorang staff yang bertukar ke Bahagian lain. Rupanya daddy pon dapat adiah daripada opis daddy, hadiah untuk anak daddy….

huhuhu…..

Daddy sakit perut…

yeah.. hari ni nak mulakan dengan gambar anak daddy yang satu ni.. gambar yang jadi peberet daddy..

cemane? comel x? geram tul bila dia wat mulut mcm tu.. hehehe… eeee…. nak cubit pipi!!!

hari ni daddy bangun awal.. daddy kena attend satu majlis yang dirasmikan oleh tipiem kat kl. disebabkan majlis tu start pukul 9 pagi, daddy kena la keluar rumah awal untuk mengelakkan jiwa tertekan oleh jem… daddy berjaya keluar rumah pukul 7.10 pagi. awal kan? mata pon masih tak bangun lagi.. tapi syukur alhamdulillah, hari ni daddy tak lupa nak kunci pintu n gate semua.. ingat tak peristiwa daddy lupa nak kunci pintu dan gate yang dibiarkan ternganga luas di siang hari? sudah tentu la tak ingat sebab daddy tak citer kat wordpress ni.. haha..

bila daddy sampai je kat susur keluar MEX tu, memang dah start jem. GPS daddy plak takleh nak pick up tempat2 je jem tu, so daddy kena tabahkan la jugak hati ni utk harung semua itu… kekadang daddy ni degil gak.. tanak ikut nasihat GPS tu.. penat dia bersuara, tp daddy tak ikut.. hehehe… skali daddy sesat la.. GPS pun macam give up je, tanak bersuara dah… dok diam je dia.. hmm.. teknologi ni ada perasaaan jugak kan? dah la perut daddy sakit giler pagi tadi, tambah lg ngan jem khinzir tu… 10 minit lg pukul 9 and otel tempat majlis tu tak sampai 300 meter je lagi, tapi kenderaan semua tak bergerak sebab abang polis kat depan tu belom mau melambai2 ke arah kami.. bila dah takleh tahan sakit perut tu, daddy corner kat satu bangunan ni, parking kete n terus meluru masuk dalam.. siap terkejut pak gad bila daddy terpa dia, tanya mane tandas… bila dah selesai, daddy meneruskan perjalanan yang tak jauh mane tu…

jumaat ni daddy nak balik keybee.. nak jumpa anak daddy.. tak sabar nya… (yerr… mummy pon daddy nak jumpa gaks…) :p

Daddy- hari ini…

bengang tull daddy dengan wordpress ni.. daddy nak add nuffnang kat blog daddy ni. dah berbulan-bulan dah lamanya… tapi sampai skarang daddy tak jumpa lagi tool utk edit script ni.. adoii… kang daddy tukar balik ke blogspot kang…

hari ni daddy ngan mak daddy pegi bershopping.. takda la sakan mana pon, cuma sempat la jugak ke tesco puchong, giant puchong n jusco equine. daddy beli baju utk anak daddy, tali pinggang untuk daddy, pastu sikit2 stok makanan untuk daddy hidup membujang nanti… cemane la idup daddy kalo membujang sorang2 kat umah ni eh? mesti bosan… pagi2 bangun gi keje, malam2 balik ngadap tv kejap, pastu tido… rutin harian kecuali sabtu ahad.. hopefully daddy boleh dapat tiket murah untuk selalu balik ke timur tanahair untuk menjengok anak daddy n mummy nya tu…

hari ni mummy hantar dua mms gambar anak daddy.. comel sungguh anak daddy.. rindu plaks… nnt esok-esok mummy leh la hantar banyak lagi… hua hua hua.. dah katanya free, gunakanlah sebaik nya..

anak daddy dipakaikan seluar pendek dan berambut beckham! macam nak pegi main bola plak..

oklah, malam ni daddy takleh tido lambat.. esok nak masuk opis. dah lebih seminggu daddy tak duduk atas kerusi usang tu. pasti banyak file yang perlukan perhatian daddy.

p/s: daddy suka la pulak nengok citer AdaMaya tu.. iskkk… kena pasang tv dalam bilik opis ni…

anak daddy masuk spital hari jumaat minggu lepas… kena jaundice.. kesian anak daddy.. terpaksa bermalam sorang2 ditemani oleh nurse yang cun!! takpe, lenkali daddy temankan bersama-sama nurse tu.. hahahaha…

tapi syukur alhamdulillah, selepas dua malam di hospital, anak daddy dah boleh keluar… kuningnya dah surut sket.. dah jadi kaler cekelat kemerahan dah..  kaler normal la tu.. huhu… mummy n daddy dah boleh main2 ngan anak daddy ni… malam2 pon anak daddy dah tak meragam lagi… mummy n daddy dah boleh tido dengan aman.. hahaha.. baik tull anak daddy ni.. kalo terjaga malam pon, anak daddy tak buat bising banyak sangat.. ehehe..

esok daddy dah kena balik putrajaya.. daddy kena masuk keje sebab dikhuatiri gaji daddy masuk hari khamis ni.. hihihi.. hari ahad nanti, nenek kepada anak daddy (mak daddy la tu) akan balik kuching.. so hujung minggu ni daddy tak balik la jengok anak daddy n mummy ni… minggu depan la pulak yehhh… nnt daddy n mummy nak celebrate anniversary pertama kami.. tapi mummy tengah pantang… so daddy ikut sama la berpantang..  pantang tengok roti canai chotek… hihihi… mummy tau, tu peberet daddy kalo balik ke newcastle ni…

pagi tadi daddy dah beli tiket2 penerbangan utk daddy n mak daddy.. flight balik esok, flight mak daddy balik kuching n flight daddy pegi balik minggu depan.. kopak jugak daddy hari ni.. duit dalam bank rimau pon tinggal RM50 je.. dah takleh nak buat transaction.. nak swipe beli minyak kete pon takleh.. huhuhu… tunggu je la gomen reloadkan bank rimau daddy nnt..

malam tadi kak imah ada bagitau, kalo nak pembantu rumah warga INA, telefon lah ejen INA yg sorang ni.. bayar pon tak semahal kalo guna ejen-ejen lain.. mummy n daddy nak bincang panjang dulu sebelum buat keputusan. bukannya daddy kedekut duit, tapi daddy nak kena pikirkan dari segi keselamatan dan ketenteraman awam…  huhu.. macam nama opis mummy je… kalo jadi nanti, minta2 la orang yang datang tu baik-baik belaka.. and semoga dia tak ajar anak daddy ni dengan bahasa INA.. nnt susah plak mummy n daddy nak paham percakapan anak daddy ni..

oklah.. daddy nak tgk2kan anak daddy yang dah mula bergerak ke kiri kanan ni.. kejap lagi mesti lapar susu… huhuhu… see ya!