Feeds:
Posts
Comments

Archive for February, 2008

ntah la wehs, aku tak tau nak tulis ape kat blog ni.

sekejap, idea datang mencurah-curah.. rasa nak cepat je tangan mencapai keyboard,. but then, rasa macam hilang akal, hilang segala-gala jenis idea utk menulis kat blog. sorri aaa cik blog (blog aku pompuan.. kena panggey cik),i tak tau la nak jamu u ngan ape mlm ni

baru balik dari port dickson jumaat lepas. ada kursus 4 hari kat sane. puas la baby ‘j’ erin ku menghidu angin bayu di tepi pantai PD. tak mandi pon lagi erin tu. sian dia, bertompok tompok je.

isnin ni ada exam ptk. heheh, malu nak sebut, tapi exam ni aku amik paper umum je yg kantoi hari tu. just got the buku rujukan yesterday. tak baca pape pon lg. cemane nak lulus ngan cemerlang? dah try nak amik buku tu and baca, tapi asyik gagal je. minta-minta la tabah hati ni..

ari tu masa kursus kat PD, mak call. citer pasal abang aku dah balik cuti kejap kat kuching. pastu dia demam.. bla bla bla ada lagi la yang aku citer kat mak aku. then dia tanya, MySayang.com dah diskas ke ngan mama nya? aisey.. berat sket nak menjawab hal ini. actually benda tu tgh diuruskan dengan seriusnya oleh MySayang.com, mama nya dan orang tengah yang telah dilantik. keh keh keh… last-last aku suh mak aku dtg kl bulan 5 ni. alang2 kalo sempat, jumpa parents MySayang.com kat sini. kalo tak sempat jumpa pon, dengan rela hatinya aku sedia drive ke kelantan dengan mak aku utk gi jumpa diorang.. target eventnnya memang tahun ni. tu pun kalo sempat. kalo nak wat majlis tunang and nikah sekali gus, aku amat yakin memang sempat tahun ni. tapi kalo nak wat asing2, mungkin takleh setel tahun ni kot. byk lagi benda nak pikir. byk lagi duit nak dicari. takkan aku nak rompak bank utk kawen? kang tak pasal2 dalam sijil nikah ditulis “Hakmilik dituntut oleh Jabatan Penjara Malaysia”..

tapi kan, bersedia ke aku nak pegang title “laki orang” ni? besar tanggungjawab. kena report sane sini, ape yang berlaku, ke mana nak pegi, ngan sape nak kuar, bape duit habeh hari ni. pastu kena benti merokok plak tu. ape la aku nak wat nnt kalo dah kawen dan tak isap rokok? takkan nak geget batang pensel kot? iskk.. bahaya lah., karbon tu…

tapi ada sorang insan yang aku dah lupa sapa, penah bagitau, kalo nak tunggu ready ke tak ready, takkan dapat anak la ko… belasah je.. kalo rasa dah start nak gatal tu, kawen je. heheh… aku memang dah lama gatal pon… kui kui kui… iskk.. ape yg aku merepek ni? hmm… ok lah, tahun nie aku declare.. aku dah ready nak settle down… orang tu pon macam ok je, leh terima kebaikan dan keburukan aku… dah bape kali dah wat test kat dia.. alhamdulillah pass je.. ehehe.. kompom dia tak sedar bila masa lak aku test dia… hehehe.. terpengaruh ngan rancangan tv dari barat la ni..

dah takyah la nak bagitau betapa aku sayang kat MySayang.com.

dunia ni indah bila kita pandai nak corakkannya. sebab tu kalo ada orang bunuh diri ke hape ke, aku assume diorang tersalah corak or ada orang corakkan yang tak elok utk diorang… sian kan? they couldnt find keindahan dunia yang telah terbentang depan mata.. selagi masih bernafas, hayati lah keindahan cinta, kemanisan cahaya yang Allah dah tunjukkan kepada kita..

hmm.. bila eh aku nak stadi ni?

Read Full Post »

petih (penat + letih)

amat letih sekali

minggu ni rasanya boleh direkodkan sebagai minggu yang memenatkan. selepas cuti panjang sempena tahun baru cina, hari isnin dimulakan dengan lapor diri kat tempat baru.

selasa dan rabu dok bilik miting dr pagi sampai malam…

hari ni ada seminar kementerian dengan social partners and jamuan tahun baru cina kementerian… petang nya plak gi NIOSH utk supervise kursus sijil perhubungan perusahaan tu..

malam ni rasa terlalu penat dan mengantok.. ingat nak tido awal, tp perut kenyang sangat lepas makan mee yang dimasak oleh nolee and echah…

tahap kesihatan masih tidak berubah.. batuk dan selesema…

mata terlalu berat…

Read Full Post »

Alhamdulillah, 11 Februari 2008 aku memulakan tugas sebagai Penolong Pengarah di Institut Sumber Manusia Kebangsaan (ISMK), Kementerian Sumber MAnusia. Tugas di ISMK agak berlainan daripada tempat sebelum ini di BAhagian Dasar SUmber Manusia, KSM. Lepas report diri kepada PEngarah, aku terus ditempatkan di dalam Bahagian Latihan, the most challenging Division kat ISMK.

Tugas pertama aku adalah menjengah kat NIOSH, di mana seramai 60 orang Pegawai Perhubungan PErusahaan S41 yang baru dilantik menjalani kursus selama 3 bulan ala DPA. seronok jugak masa first time masuk dewan kuliah tempat diorang berkursus. Rasa nak gelak pun ada coz terkenang masa buat DPA dulu.

actually tugas kat ISMK ni belum lagi jelas coz belum ada fail meja. ISMK baru sahaja berusia setahun jagung. they say that ISMK is the brain of the Ministry. Semua yang masuk ke dalam ISMK adalah orang yang dihandpick oleh KSU sendiri. aku pun tak sure sejauh mana aspek “terpilih” ini applies to myself. dah la malas nak wat kerja, selalu je ilang dari meja. tp kalo aku ilang dari opis ku, cari je kat tangga belakang. aku slalu lepak kat situ sambil berasap menenangkan fikiran. ISMK sekadar menumpang di bangunan kementerian nie, sementara lokasi tetap dikenalpasti. so, bila aku join ISMK, meja kerusi pon belom ada. luckily my pengarah is very concern about this, so he suggested aku gunapakai je mana2 space yang ada utk buat kerja. he even suggested satu lokasi yang paling baik kat situ, that is sebelah pintu tangga kecemasan tempat kitorang berasap. alasan dia suggest tempat tu is that supaya aku senang nak pegi berasap and tak hilang secara kekal dari opis. hahahaha…

ada a few events yang kitorang akan organize and this morning i was given banyak task. on the 28 april, we will be organizing a national tripartite seminar kat hotel yang belum lagi dikenalpasti. serentak dengan itu, konvokesyen utk 60 S41 yang sedang berkursus akan diadakan. so it’s going to be a major event of the year for ISMK. selain tu, pelancaran secara rasmi ISMK, logo and website ISMK juga akan dilakukan on that day. mesti sibuk lagi nanti.

today i spent the whole working hours dalam discussion room. from 9 am till 1.45 pm, then 2.15 until 8pm. this is the habit of ISMK, to brainstorm on issues pertaining the events yang akan diadakan. hari ni jugak, for the first time dalam sejarah perkhidmatanku, aku banyak bercakap dan memberikan idea dalam mesyuarat. tak pernah2 dibuat sebelum ini. agaknya aku dah berubah secara otomatik kot, selaras dengan kenaikan pangkat baru2 ni. cesss…..

whatever pun, kerja kat ISMK adalah amat challenging. expectation from KSU is very high and we can’t afford to let him down. lepas ni aku akan very the sibuk person. mesti ramai yang kecik ati lepas ni coz tak dapat spent masa banyak dengan kamu semua. main boling is my third priority lepas keje and dating. ahaks…

i do hope that i can cope with the work here in ISMK.

p/s:

– esok ada executive talk kat NIOSH. maybe abeh lambat. rasa mcm nak bermalam kat NIOSH je memandangkan bilik untuk kami sentiasa tersedia. ahahaha. macam hotel plak..

– minggu depan gi kursus kat PD

– lepas kursus PD, ada exam PTK. wish me luck! i need to pass this exam!

Read Full Post »

Tiub engkau!

ada a few songs yang maseh menjadi pujaan hatiku…

(ntah napa rajin sangat bukak youtube ni… huhuhu.. i predict that youtube is gonna be the next google.com . can find so many things there.. and i mean.. SO many things….)

come on.. vote your favourite song!!!

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=S12myUABN6k&rel=1″>

Read Full Post »

11 Januari

ahaks.. nothing special on this day… apart from the fact that i’m going to report myself to a new department in the morning..

Read Full Post »

kene tagged….

Hari tu aku kena tagged by echah.. (Januari 18, 2008 pada 4:04 pm)

wat penat aku je.. tp takpe.. layankan je…. walaupun dah due hampir sebulan..

Azam tahun baru…

  • kawen…
  • buat duit…
  • tanak jadi malas lagi.. nanti boss benci…:p (love u boss)
  • ada orang suh benti merokok.. well, aku masukkan jugak dalam list nii… yaa, benti merokok…
  • nak balik jumpa mak..
  • …akan diupdate masa kajian separuh penggal nanti (jun 08)


Kenangan pahit

  • erm.. ada satu tu yang takleh dikhabar kan kat sini.. malu sey…
  • jangan gaduh ngan Dato’ KSU.. tp sejak akhir-akhir ni, dia sayang plak kat aku.. hahahaha
  • tak banyak kenangan pahit yang aku ingat… sowie.. next chapter!!


Pengajaran Tahun 2007

  • jangan lawan boss. lagi lagi boss ko yang ada pangkat dato’
  • jangan underestimate lawan… u’ll never know what they have inside them
  • jangan tak masuk umah ajah kalo dia dah tunggu kat luar umah.. naya kang kena marah… :p
  • jangan isap rokok sebelum jumpa famili mertua… huhuhu…

Pencapaian paling bermakna 2007

  • dapat conquer hati seseorang… :p
  • pencapaian dalam kerja la…
  • balik raya after quite some time tak balik swak


Kalau ada pose menarik, sila paparkan di sini…(post ke pose? takpe, aku letak dua-dua…)

  • takda post menarik
  • takde pose menarik
  • poser ada.. tp takleh nak paparkan di sini.. cemane nak papar poser? gilossss

Tag 8 lucky friends?

huhu.. lucky nyerr.. malas la chah kalo nak sampai 8 orang… bukannya ada orang pon nak baca blog aku.. ni pon naseb baik aku tak letak blog ni private…. tak suke nyusahkan orang lain.. keh keh keh.. tp saspe yg nak rasa dirinya di tag, korang teruskan je la buat.. adios amigos

  • · (open)
  • · (open)
  • · (open)
  • · (open)
  • · (open)
  • · (open)
  • · (open)
  • · (open)

Read Full Post »