Feeds:
Posts
Comments

Archive for January, 2009

img_1178

amacam? segak tak?huhu.. aku nak tunjuk vest tu je.. br beli kat alamanda malam tadi… tengkiu MySayang.com! gmbr ni amik masa lepas tgk wayang kat alamanda, dah tgh malam dah tu.. kedai semua dah tutup.

hari ini, esok.. dan lusa… lusa dah bertolak ke negara orang lain.. 3 minggu meninggalkan tanahair dan rakyat nya yang terchenta (cett).. for a few days back, dah start membeli barang-barang keperluan untuk ke sana.. beli jaket baru yg sungguh comel, beli baju tebal kat smartmaster, mlm tadi beli vest, t-shirt dan socks kat valentino rudy… beli sikit itu sikit ini.. cukup laa…

flight hari isnin pukul 8.05 pagi.. so have to be there by 6 am.. must leave the house at 5 am.. need to wake up as early as 4 am.. huhu.. memang tak tido aku pagi tu… last thursday i went to a briefing session by the Education Officer of the Indian High Comm.. dapat return tiket, dpt visa and dapat lots of brochures about the interesting places to visit there.. ehehehe.. ni trip nakgi blajar ke trip makan angin? huhuhu… tp yg bestnya kelas cuma 5 hari je.. hari sabtu ada rombongan cik kiah melawat tempat2 menarik sekitar delhi. ahad pulak aktiviti bebas.. huhu.. macam2 dah dalam otak ni..

sampai2 je sana nnt, kena cari simkad india utk mengelakkan lambungan bil yg tinggi.. hopefully perjalanan pergi dan balik akan selamat2 sahaja..

utk MySayang.com, echah, aimi, mid, fisha, majid, jimi baik, lalan dan nisha, selamat berangkat ke bandung.. sori takleh join korang.. bawak balik gifts dari sana utk aku.. kalo amik gambar tu, tag aku skali dalam gambar2 tu eventhough aku takda dlm gambar.. hehehe

Read Full Post »

saya tidak suka pada diri saya sekarang…

saya cepat lapar. kalu saya lapar, saya makan. bila saya makan, saya jadi seperti saya sekarang. bila saya tak lapar pun, saya akan makan sebab dah terbiasa. balik dari pejabat, saya akan makan. bila detik 11 or 12, saya akan lapar kembali. saya sudah gagal dalam misi saya.

saya tension dengan keadaan di seri kembangan. kalau saya keluar rumah pukul 7.30, saya akan berada di dalam kesesakan lalulintas. kalau saya keluar pukul 7.45, saya juga akan termangu dalam kesesakan lalu lintas. pagi ini saya keluar rumah pukul 6.45 pun, saya masih lagi terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. bila masanya saya perlu keluar dari rumah untuk mengelak kesesakan?

saya sudah mendaftarkan diri sebagai pengundi seri kembangan. dan jangan haraplah saya akan mengundi orang yang tak reti nak menyelesaikan masalah kesesakan ini.

saya ingin pindah. tapi perpindahan akan mengambil masa dan usaha yang banyak.apa pun, bulan 5 ini saya tetap akan berpindah. ke mana? saya tidak tahu lagi. mungkin pejabat saya juga akan berpindah setelah perpindahan yang dirancang tahun lepas tidak menjadi.

Read Full Post »

Bila hati berkata….

fuhhh… pukul 1 pagi, dah siap sidai baju.. pelik kan? tgh2 malam br nak basuh baju.. tgh2 malam baru nak tulis blog… kang esok pagi seksa nak bangun.. Tuhan je taww.. ahaha.. biaq padan muka sendiri…
td habiskan masa baca blog adeq.. kesian adeq.. sedang berperang dengan israel diri sendiri (ye ke? memandai je aku ni)… tp obviously, she needs the support and that’s what we will give to her.

kekadang apa yg kita rasa, bukan semua boleh turut rasa.. ada orang paham, ada orang buat2 tak paham, ada orang yg memang bangang tak paham2..  orang yg paham dengan apa yg kita rasa akan lebih sensitif dan cuba untuk be in their shoes.. orang yg buat2 tak paham akan terus bertanya tentang soalan yg dia dah tau jawapannya.. orang yg bangang itu mmg bangang.. takleh nak cakap ape dah…

so untuk adeq… somewhere over the rainbow.. the skies are blue and it’s blueing only to those who believe… (p/s: perkataan blueing memang ada dalam vocab english modern eh)

Somewhere, over the rainbow, way up high.
There’s a land that I heard of Once in a lullaby.
Somewhere, over the rainbow, skies are blue.
And the dreams that you dare to dream
Really do come true.


Someday I’ll wish upon a star and wake up where the clouds are far Behind me.
Where troubles melt like lemon drops, Away above the chimney tops.
That’s where you’ll find me.
Somewhere, over the rainbow, bluebirds fly. Birds fly over the rainbow,
Why then – oh, why can’t I?
If happy little bluebirds fly beyond the rainbow,
Why, oh, why can’t I?

cheer up! let others fill your life with lots of laughters and fun! at least until someone comes up to your doorstep and knock your heart…

and adeq…

Genggam tanganku jangan bimbang
Tak usahlah lagi dikenang
Naif diri yang pernah datang
Jadikan pelajaran sayang

……..

Bila gundahmu tak menghilang
Hentikan dulu dayung kita
Bila kau ingin lupakan aku
Ku tak tahu apalah daya

Read Full Post »

oh, sungguh tiada idea untuk menulis..

Read Full Post »

Not a good day for me in the office today.. pening kepala sangat sangat.. rasa nak balik je, minta jasa baik boss utk half day, tapi memandangkan semalam dah menghilangkan diri dari opis, terpaksa la hari ni berkorban.
pagi hari ini dimulakan dengan aktiviti menolak kereta savvy jiran umah depan yang takleh start.. dah la power stering, so bila nak pusing stering tu macam menarik lembu yang nak kena sembelih. sampai je kat opis, bertimbun nota dan memo yang ditinggalkan oleh boss.. smalam rupanya ada satu meeting yang dah terlepas. pagi ni ada satu lagi meeting. abeh miting, terus duduk termanggu atas kerusi menunggu detik 12.15 tghari.
hadoii,… sakit nya kepala.. tak larat lah nak menulis lagi.. adioss….

Read Full Post »

Destinasi Chenta

14 Januari 2009 – 3.30 am

Alhamdulillah, saya dan encik pemandu berjaya sampai ke destinasi perjalanan jauh ni, Kuala Terengganu yang indah, permai dan bermandikan poster. oh tidak, saya tidak ke kuala terengganu untuk membantu mana-mana parti politik mahupun calon bebas berkempen sempena pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu. Saya ke sini setelah dikerah pada minit-minit terakhir oleh encik boss sebagai wakil pengarah ke satu majlis perasmian yang akan disempurnakan oleh timbalan menteri saya yang cun itttew..

sebelum bertolak ke kaytee, saya berusaha juga meminta kerani saya untuk menempah bilik penginapan untuk saya dan encik pemandu di sana. hampanya, semua bilik sudah penuh dan dipenuhi dengan polis-polis yang bergelimpangan, penyokong-penyokong parti politik yang berkeliaran, media massa yang berkejaran dan pengacau-pengacau yang berkebiadapan. hatta, hotel dan motel yang tiada bintang pun sudah tiada lagi kekosongannya. saya ada kawan yang bekerja di terengganu, tetapi sekarang dia sedang berkursus deepeeyeay. kalo tidak, boleh sahaja saya menumpang di rumahnya. so, kami bertolak dari putrajaya dengan tiada tempahan bilik penginapan. macam backpackers la pulak. padahal pergi ke sana untuk menjalankan tugas rasmi. hahaha. siang-siang lagi saya sudah berpesan kepada encik pemandu  untuk membawa tuala mandi sekiranya perlu untuk mandi di masjid kristal (setelah bertolak dari rumah, saya baru perasan yang saya pula yang lupa nak masukkan tuala dalam beg saya.. ahahaha)

Jarak perjalanan tidaklah saya ketahui tetapi kami menghabiskan masa selama 5 jam 15 minit untuk sampai di sini, termasuklah 1 perhentian untuk mengisi minyak, satu perhentian untuk mengisi perut, 2 perhentian untuk membuang isi perut dan 5 pitstop akibat sekatan jalan yang dilaksanakan oleh encik-encik polis. perjalanan begitu lancar, kecuali di lebuhraya karak, sebelum sampai ke persimpangan genting highlands di mana satu kemalangan yang berlaku pada petang ittew masih belum dapat dialihkan dan menyebabkan jalan ditutup secara beperingkat bagi memudahkan kerja-kerja yang berpatutan dilakukan.

dsc_0417

dsc_0410

dsc_0411

dsc_0412

dsc_0415

dsc_0416

tiba sahaja di bandar kaytee, setiap jalan dan lorong dipenuhi dengan poster-poster parti-parti yang bertanding. alhamdulillah, suasana begitu aman dan tenteram, tidak seperti yang berlaku di Permatang Pauh di mana penyokong-penyokong fanatik yang semacam tidak tahu malu menjerit sana sini (logik la aman damai, time tu dah pukul 2 pagi. mana ada beruk yang nak menjerit). oleh kerana tiada tempat untuk menginap pada pagi ini, saya mengajak encik pemandu untuk hotel-hopping, mencari mana-mana sisa peninggalan bilik hotel yang ada. cuma bergantung pada nasib sahaja. pada masa yang sama, kami perlu mencari hotel grand continental, lokasi di mana majlis yang perlu saya hadiri akan dijalankan.

syukur kerana pada persinggahan pertama, kami berjaya mendapatkan sebuah bilik yang telah dibatalkan tempahannya sebelum itu. terima kasih lah encik pembatal tempahan kerana jasa encik itulah, saya dan encik pemandu saya boleh tidur di atas katil. so, dengan harga RM148, saya dan encik pemandu pun sudah mempunyai bilik tidur pada malam ini, dan ianya hanya30 saat jarak pemanduan kereta ke hotel grand continental. ahaks.. bertuahnya..

pukul 9.30 pagi, saya dan encik pemandu check out dan bersarapan di hotel. sarapan yang simple dan kurang menyelerakan. saya cuma makan roti bakar disapu dengan mentega dan jem stroberi serta air jus oren bergelas-gelas. tepat pukul 10, saya menuju ke hotel grand continental. selepas register, saya diberi tag VIP dan diminta untuk menyambut YB Timbalan Menteri di lobi hotel. keluar je dari lif, kami terkejut sebab timb menteri dah menunggu untuk ke bilik seminar. kami pun bergerak semula ke tingkat 4 bersama-sama encik timbalan ketua eksekutif psmb dan menuju ke holding room. selepas berborak-borak, pukul 10.30 acara majlis perasmian pun dimulakan. macam biasa la, kalo majlis perasmian yang membabitkan ucapan beberapa pihak, saya mula menguap dan tidak senang duduk.

sebaik sahaj selesai majlis perasmian, kami dihidangkan jamuan pagi di dalam bilik menunggu tadi. saya tidak makan banyak, cuma makan buah tembikai dan betik sahaja. timb menteri yang melihat sy makan buah sahaja pun turut membatalkan niat untuk makan kuey tiaw dan cuma makan buah dan cucur sahaja. ngeh ngeh ngeh. comel sungguh timb menteri ittew.

dsc_04171

dsc_0418

dsc_0420

dsc_0423

dsc_0425

dsc_0426

selesai semua acara, saya dan encik pemandu segera keluar daripada hotel dan merayau-rayau di sekeliling bandar kuala terengganu. kami singgah di pasar payang tetapi saya cuma membeli keropok kering sebagai ole-ole buat staf di pejabat. keadaan di kuala terengganu sungguh sibuk sekali dengan poster-poster yang begitu banyak ditampal dan dinaikkan, untuk menandakan semangat politik yang begitu kuat. terdapat juga segelintir penyokong parti politik ini yang ikut suka mak bapak dia je menahan kenderaan bagi menyerahkan poster, flyers dan maklumat lain berkenaan dengan ceramah-ceramah dan calon-calon yang bertanding. alhamdulillah, keadaan tidak lah begitu berbahaya. kemudian, kami ke losong untuk lunch. haha.. lunch keropok lekor. sebelum memulakan perjalanan balik ke putrajaya, kami singgah di rumah seorang staf saya yang sedang bercuti akibat demam cacar air.

dsc_0427

dsc_0428

dsc_0432

dsc_0431

dsc_0429

perjalanan balik tidak lah begitu membestkan sebab saya kepenatan dan kebanyakan masa saya di dalam kenderaan dipenuhi dengan aktiviti berdengkur. kami singgah di marang untuk mengambil gambar pantai yang kebetulan ombaknya sangat kuat petang itu. kemudian saya ‘pengsan’ lagi. sedar-sedar sudah sampai bandar kuantan pada jam 7 malam. singgah di beberapa tempat di kuantan untuk menyelesaikan ‘agenda’ peribadi sebelum kami memasuki lebuhraya LPT dari tol gambang. kami singgah untuk makan di RNR Temerloh yang menyajikan lauk ikan patin yang sungguh berlemak ittew.. i loikeeee…

saya tiba di rumah pada jam 11.30 malam.

dsc_0438dsc_0440

dsc_0445dsc_0447

dsc_0448dsc_0450

dsc_0453dsc_0454

dsc_0455dsc_0458

dsc_0473

dsc_0476dsc_0478

dsc_0480dsc_0488

Read Full Post »

Tiga maut, satu parah dalam nahas lori di Lebuhraya KL-Karak

GOMBAK: Tiga maut manakala satu parah apabila lori tangki minyak sawit merempuh pembahagi jalan lalu bertembung lori dobi di KM27.9 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Mangsa yang terkorban ialah pemandu dan kelindan lori dobi serta kelindan lori tangki minyak sawit.
Pemandu lori tangki minyak itu pula cedera parah.

Nahas jam 3.45 petang tadi berlaku apabila pemandu lori tangki minyak sawit itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan.

Berikutan itu, lori berkenaan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori dobi yang menuju ke Genting Highlands.

lori

KEMALANGAN yang mengakibatkan tiga maut manakala satu parah apabila lori tangki minyak sawit merempuh pembahagi jalan lalu bertembung lori dobi di KM27.9 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

sumber: Berita Harian (bacalah berita harian online untuk maklumat dan berita terkini, sahih dan benar)

p/s: encik berita harian, saya pinjam sebentar berita kamu ini sebab saya berada di lokasi kejadian tadi. saya bukan nak meniru atau menciplak atau melanggar keterpeliharaan hakcipta, tetapi sekadar berkongsi dengan para pembaca. terima kasih ya encik berita harian

Read Full Post »

Older Posts »