Feeds:
Posts
Comments

Archive for November, 2008

kesibukan

lamanya tak menulis.. rasanya blog ni pon dah tak kenal tuan punya nya kan?

banyaknya benda yang berlaku sejak raya yang lepas. banyak keja dan banyak outstation. tak lupa jugak,. banyak makan. hahaha.

lepas raya hari tu, ada majlis penganugerahan sijil S41 kat marriott putraJaya. penat seyy, rasa macam keja sorang2 je. tapi alhamdulillah, segalanya berjaya dilaksanakan walaupun ada yang tak kena di sini dan di sana. lepas tu, kena plak uruskan kursus induksi selama 10 hari kat felda tekam, jerantut. cuma boleh berada di sana selama 3 hari je. lepas tu kena panggil balik ke opis. kena plak uruskan bengkel 3 hari kat opis. berurusan dengan konsultant yang mintak itu ini. alhamdulillah jugak berjaya dilaksanakan walaupun pegi bengkel tu cuma sehari je. yang lain tu, mengelat.

lepas bengkel, sibuk dengan mesyuarat khas hala tuju kementerian kat PD. duduk kat PD 3 hari pastu balik ke putrajaya. sehari lepas tu, balik semula ke PD utk bagi ceramah kepada PAP, PTR dan driver baru. tenang sket lepas tu. bleh mula wat keja kat opis semula. hari isnin lepas fly ke sabah lak. kena jadi ketua penguji untuk ujian fizikal bagi calon-calon penolong pegawai kesatria s27. hari isnin n selasa kat KK, rabu n khamis kat sandakan. hari ni kena amik cuti rehat,. kaw kaw penat. dengar khabar opis dah tunggang langgang sebab renovation. ape ntah khabar meja ku?

isnin sampai rabu depan ada kursus pemantapan bahasa inggeris, tapi tak dapat pelepasan dari boss. dia cakap keja kat opis banyak sangat, and dah lama sangat aku tak masuk opis. padan la suara pon macam tak puas hati je tadi. takpe lah… dah give up dah pon dengan opis ni. hari tu ada boss bhgn dasar nak tarik ke tempat dia tapi KSU tak bagi. gaduh plak ngan boss besar tu.

gaduh ngan boss dah jadi rutin tahun ni. tak kira la boss besar ke kecik. penat dah dilayan seolah-olah aku sorang je pegawai kat opis tu. ape2 je aku yang kena. kalo kena puji, takpe la gak. ni tak, semua benda aku yang kena buat. semua benda yang salah orang lain, aku yang kena dengar amarah dan seterusnya dipersalahkan. weh, aku belom pon lagi naik gred 48 weiii…

ape pon, LNPT tahun ni tak mungkin akan jadi sedap dan cantik. dah boleh agak dah. rancangan nak sambung studi tahun depan dah menampakkan kegelapan. yang ‘bagus’nya, cuma orang bawah2 ni je yang paham keperitan kat opis tu. boss2 yang bergaji besar tapi bekerja sikit, takpun tahu ataupun nak amik tahu pasal masalah org2 bawah. biarlah kan? itu namanya makan gaji. dah lali dah. huhu.. boss, saya yang menurut perintah….

smalam masa kat klia, terpandang sebuah jam tangan yang sungguh comel.. kalo tak silap aku, dah hampir 10 tahun aku tak berjam tangan. ada skali dulu tu dalam tempoh tu, penah gak beli jam tangan, rega RM30. tapi tak tahan lama, so decided tak nak pakai lagi dah padahal baru je pakai dua minggu. bila terpandang jam tu smalam, rasa macam jatuh cinta pandang pertama. hahahaha.. wat malu jek..

jam tommy hilfiger tu rega RM499. mahal tapi macam berkenan giler. selama ni ada jugak pegi kedai jam tangan merata tempat tapi tak penah nak berkenan. tapi yang sebijik ni macam best giler. lepas fikir selama 5 minit, i decided utk amik jam tu. hahaha. skarang saya sudah berjam tangan wooo…

img_0389img_0389

img_0389

img_0389

img_0389

img_0389

img_0389

Read Full Post »