Feeds:
Posts
Comments

Archive for December, 2008

Conversation

Azah called me last night while we were at tomei, alamanda, looking for a wedding ring (tak beli situ ponn.. saja je nak cuci mata..). She invited us to her aunt’s restaurant in port dickson tonite.. after the phone conversation, she sms’ed me..

Azah: Ha ajaklah rakan2 yg belum berkahwin join kalau ada yg xde plan lg. D more d merrier..

Me : Kwn2 yg belum kawen, laki ke pompuan? Hak hak hak..

Azah: Kalau laki yg handsome2 dan beriman shj, kalau pompuan x kisah. hahak..

Me : haha. AJak lah pompuan2 yg kureng iman skali. Leh cuci mata n cuci kamera..

Azah: haha bongok. Yg kureng iman sumer pi party la wei kat kl!

Me : haha. Culik je. Esok pkl bape?

Azah: Lps isya’ la kot. takut Ha**m blk lambat. Kalau awal then pas maghrib ah..

Me : Wokeh.. Jgn lupa ajak kwn2 u yg cun. I’ll try to cari sesape yg bleh join us

Azah: Xderla, serious. Kalau x bz dgn anak dan laki, derang ade family plans or busy nk nikah on 1st jan. huhue

I showed the sms’s to MySayang.com. She laughed, “haa.. kan dah kena ‘bongok’ skali oleh azah.. huhuhu…”

Advertisements

Read Full Post »

tag dari echah

Myself
First name:
MOHAMAD SANI

Name you wish you had:
<takmo nama lain dah.. 27 tahun hidup dengan nama ni.. selesa giler>

What do people normally your name as:
<soalan ni macam tergantung.. takleh nak paham, takleh nak jawab>

Birthday:
23 September 1981

Birthplace:
Kuching, Sarawak

Time of birth:
pukul 2 lebey.. pagi…

Single or taken:
Single….mingle… (opsss.. silap… ni la akibat kopi pes dari blog echah… dah lupa nak edit yang ni… aku tak single dah.. double… kalo kira skali ngan bentuk badan aku, kira triple laa… )

Zodiac sign:
virgo.. tak pun libra…

My appearance
How tall are you:
1.72m

Wish you were taller:
not really.. nanti jadi macam king kong.. wish i was ‘kurus’er

Eye color :
Kaler hitam. tapi kekadang jadi hazel.. hahaha

Current hair color:
Hitam menawan

Short or long hair:
short… sikit lagi nak masuk kategori tentera

Ever dye your hair a bizarre color:
haram seyyy

Last time you did something dramatic with you hair:
hmm.. it wasnt something that i did, it was something my teacher did… ada ke patut dia potong rambut aku ikut suka dia.. pastu terpaksa gi barber skali lagi.. potong yg decent one.. (ponteng solat jumaat hari tu)

Glasses or contacts:
kekadang glasses.. kekadang kontek.. tu yg jadi berkaler-kaler je mata i.. haha

Do you wear make up:
apehal aku nak pakai make up?

Paint your nails:
buang tebiat

Shy or outgoing:
shy??

Sexy or cute:

hahahaha, semua orang tahu

Serious or fun:
Depends on the situation.

A turn on:
Nice smile and (ehemmm….)

A turn off:
Muka berlagak.

This or That
Flowers or chocolates:
Chocolates. orang laki tak main bunga2 ni.. kecuali bunga masa nak wat personal loan..

Pepsi or coke:
coke

Rap or rock:
Rock.

Relationship or one night stand:
Relationship.. kalo one night stand, tak kasi tau orang nye la.. hahahaha

School or work:
at the moment, school coz i kinda hate this place

Love or money:
pedulik la orang kata.. nak money jugak.. hahahaha

Movie or music:
music

Country or city:
country

Sunny or rainy days:
mendung suam-suam kuku

Friends or family:
Family and friends. (ada ke patut tanya soalan mcm ni)

Have you Ever
Lied:
ahahaha… i rather call it bohong sunat so that tak rasa begitu bersalah

Stole something:
i stole her heart.. akakakakakaka

Smoked:
regular.. sekotak sehari.. tp tinggal 5 bulan je sblm kena paksa berhenti

Hurt someone close to you:
yup.. takleh nak sangkal

Broke someone’s heart:
Pernah. a few people.. jodoh.. kalo dah terang2 takda, nak wat cemane… i pun kena jugak tawww…

Wonder what was wrong with you:
hmm.. banyak…

Wish you were prince or princess:
tak nak lah.. i’ve oledi got myself a princess…

Like someone who was taken:
haa.. mesti korang tak caya.. tp yes.. erkk.. before la..

Shaved your head:
mak aku paksa aku botak kepala masa tingkatan 1.. giler kejamm.. gi skolah semua gelak.. siap leh main2 kepala aku lagi..

Used chopstick:
use chopstick ke used chopstick? different meaning tu..

Sang in the mirror to yourself:
hak hak hak.. refer to question yang kat atas tu.. i kan ke shy!! haha

Favourites
Flower:
ermm.. flower ranger kot.. eh.. tu power ranger kan?

Candy:
nate hok nyanyi2 tuh ka?

Song:
banyak sgt.. takleh list kat sini.. kalo list gak, nnt yg takda dlm list akan kecik ati

Color:
blue, purple.. (pink-> kekadang je)

Movie:
ntah la.. kebanyakan movie sama je jalan cerita…

Singer:
menawan keluarga bahagia.. lalalalala

Junk food:
kuaci kira junk food tak?

Website:
facebook

Location:
location utk ape ni? wedding reception i ke? hak hak hak

Animal :
tak dak!

Ever cried over someone:
too ego to admit

Is there anything you wish you could change about yourself:
my anger management.. lebey2 lagi kat opis yg penuh dengan orang banyak alasan

Do you think you’re attractive
giler.. tp ye kot.. hahaha.. takda la.. kalo attractive, dah tentu awek keliling pinggang

If you had to choose a fairytale as your life what would you choose:
dalmation 101 -> tak mungkin kot… hmmm… nak jadi laki lisa surihani dalam citer i’m not single… sebab nampak macam dia tak keja tapi kaya.. hahahaha..

Do you play any sports:
dulu bola, skarang tidak.. pastu golf, skarang tidak.. then boling, skarang tidak.. iskk.. aku takda sport ke skarang? huaaa.. patut pon mengembang je skarang ni..

Syarat dan peraturan:
1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.

Mari kita mulakan dengan 16 perkara paling rawak….
i. pegi 2 buah klinik kerajaan pagi tadi, last2 gi klinik swasta je sebab klinik kerajaan sesak.. melayang RM180….
ii. bertekak dengan M54 tadi pasal ruang pejabat…
iii. telefon sebuah club house,.. nak recce pasal tempat wedding reception
iv. PA boss aku tetiba mengintai apa yg aku sedang tulis ni.. hampeh ko honey…
v. dah dpt juru fotografi untuk bulan mei
vi. berkira-kira nak bagi surat warning to my EO
vii. bangun awal pagi tadi… tp tertido balik.. huhuhu.. (as usual)
viii. pernah buat muka masam depan KSU
ix. perlu mencari dana RM20K utk bulan mei
x. tengah tension mencari idea untuk meneruskan list ni.. hampeh echah!
xi. keluar shopping ngan mak mertua.. erkk.. bakal mak mertua…
xii. bapak mertua gi seremban smalam, iring tengku mahkota kelantan ke upacara persemadian YDP Besar N9 ke 10..
xiii.sikit lagi ni.. ada 3 lagi kosong kat bawah ni…
xiv. ada dua lagi kosong
xv. satu lagi.. satu lagi…
xvi. Saya kawen bulan 5 ni.. insyaAllah

2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
i. nolee
ii. azah
iii. yantie2g
iv. azah
v. nolee
vi. azah
(ulang la sampai berbelas-belas kali pon…)
ix. Dan 8 orang yang telah tersebut di atas.

3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal.
echah- [tagging queen] huhu.

4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.

huh.. ni soalan ke hape…

1. Do you think you are HOT?
rasanya YES… sebab aircond kat opis ni macam gampa&g!! seb baik ada kipas curi…

2. Upload you fav pic(s).
oo.. ittew private taww.. kamu tidak boleh lihat

3. Why do you like those picture(s)?
bla—bla—bla

4. When was the last time u ate pizza?
dah lama dah tak makan piza rasanya.. sejak jumpa lipas dlm piza di pizza hut jusco equine

5. The last song u listen to?
tak ingat…

6. What are you doing right now besides this?
jeling kat kerani

7. What name u prefer besides yours?
huh?

8. People I tag:
1. nolee
2. azah
3. yantie
4. ieja

(kenapa 4 orang je? sebab malas nak menyusahkan orang lain)

9. Who is No.1 – No.4?
No. 1 – tunangku
No. 2 – kazen tunang ku, dan kawan ku
No. 3 – kawan ku
No. 4 – takdak…

yeahhh./.. setel jugak akhirnya… abeh dah 40 minit waktu bekerja aku…

Read Full Post »

Budak Petah

Lokasi: Customer Service Center, Sogo KL

Jam: Lebey kurang pukul 12.15 tgh hari

Tarikh: 28 Disember 2008

Yang Terlibat: Customer Service Personnel, Budak yang sesat (kehilangan mak bapak)

Abg Officer: Mane pegi mak ayah adik ni?

Adik sesat: ntah la bang, pusing-pusing, tengok diorang dah hilang..

Abg Officer: takpe dik, nanti kita cuba buat pengumuman.

Adik sesat: (menangis teresak-esak)

Abg Officer: (Dengan niat bergurau) Ke, adik ni lari dari rumah tak? Hehehe..

Adik Sesat: adik tak lari dari rumah…

Adik sesat lagi: abg la yang lari dari rumah.. sebab abg takut bini

Abg Officer: ???

Terus abg tu tak dapat nak buat kad sogo aku sebab gelak tak hengat dunia… muka adik tu selamba je..

Read Full Post »

Panggilan Haji

oh, tidak.. saya belum lagi dipanggil untuk menunaikan haji…
hari ini saya ke dataran putra. mengunjungi salah satu gerai yang dibuka di situ. tujuan saya? membuka akaun tabung haji yang sudah sekian lama ingin dilakukan..
membuka akaun tabung haji sungguh mudah.. hanya isi borang dan serahkan sekurang-kurangnya deposit permulaan sebanyak RM10 sahaja, anda sudah bergelar pendeposit akaun tabung haji.
tadi saya diberitahu bahawa sekiranya saya mempunyai simpanan minimum RM1300, saya boleh mendaftar untuk menunaikan haji pada tahun 2023. wahhh… menarik! tapi malangnya saya tidak membawa duit yang mencukupi untuk mendaftar. tapi saya sudah isi siap2 borang untuk saya dan MySayang.com sebab saya diberitahu bahawa petugas berkenaan boleh membantu untuk mendaftarkan saya sekiranya saya boleh mendeposit sejumlah RM1300 pada hari ini.

Petang tadi, saya pergi ke Bank Islam Putrajaya dan terus memasukkan RM1300 ke dalam akaun saya.
InsyaAllah sekiranya saya berumur panjang, saya akan menunaikan ibadah haji bersama-sama isteri pada 2023 (at least-kalau dapat awal, lagi elok, alhamdulillah)

Kawan-kawan, segeralah mendaftar… que skarang adalah 2023. kalo lagi lambat mendaftar, lagi lambat lah turn kita.

(saya baik hari ini)

Read Full Post »

Ketumbit

Pengenalan

Ketumbit merupakan jangkitan pada pinggir kelopak mata yang mengakibatkan bisul kecil yang berkembang pada bahagian tersebut. Ketumbit boleh dibahagikan kepada ketumbit luaran, iaitu apabila jangkitan berlaku pada folikel-folikel yang terdapat pada bulu mata, atau ketumbit dalaman, iaitu apabila jangkitan berlaku pada kelenjar minyak yang terdapat pada kelopak mata.

Ketumbit kebiasaannya terjadi pada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, orang dewasa juga berkemungkinan untuk mendapat ketumbit, bergantung kepada tahap penjagaan mata mereka.

Penyebab

Ketumbit adalah disebabkan oleh kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata menjadi tersumbat. Kelenjar minyak yang telah tersumbat ini kebiasaannya akan dijangkiti oleh bakteria seperti bakteria Staphylococcus aureus. Penghasilan atau pengumpulan minyak yang berlebihan menyediakan keadaan yang sesuai untuk pembiakan bakteria. Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan kelenjar minyak tersumbat ialah :

* Tekanan
* Pertukaran hormon
* Mengguna peralatan solek yang sama buat satu jangka masa yang lama atau yang telah dijangkiti oleh bacteria
* Diabetis
* Kandungan lemak yang tinggi dalam badan
* Kekurangan vitamin dalam badan

Patogenesis

Kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata tersumbat dan mengakibatkan minyak yang dihasilkan oleh kelenjar berkenaan berkumpul dan mengalir keluar daripada dinding kelenjar tersebut membentuk seperti gumpalan kecil (bisul) di pinggir kelopak mata. Bisul tersebut kebiasaannya amat sakit, berwarna merah dan bernodul. Kebiasaannya, kelenjar minyak yang tersumbat amat mudah dijangkiti oleh bakteria dan ini menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yang teruk dan kawasan di sekitar kelopak mata yang terlibat menjadi kemerahan.

Ketumbit kebiasaannya kelihatan putih atau kekuningan seperti jerawat. Ketumbit boleh berlaku pada bahagian sebelah mata sahaja atau kadangkala ia boleh melibatkan kedua-dua belah mata dalam satu masa, secara serentak.

Bisul yang terhasil pada kebiasaannya akan surut dengan sendirinya apabila bahan yang menutup lubang kelenjar minyak tersebut dialihkan. Jangkitan oleh bakteria juga akan pulih apabila nanah dikeluarkan dan bahagian kelenjar tersebut dibersihkan.

Simptom-simptom

* Bisul di bahagian atas atau bawah kelopak mata
* Bengkak di sekeliling kelopak mata
* Sakit
* Kelopak mata menjadi merah
* Kelopak mata terasa sakit apabila disentuh
* Mata menjadi pedih
* Mata berair
* Gatal-gatal di kawasan bisul
* Pesakit berasa tidak selesa semasa mengelipkan mata
* Sensitif kepada cahaya yang cerah

NYatalah ketumbit ni takda kena mengena dengan mengintai anak dara orang tgh mandi ke hape ke…

(thanx wiki wiki)

Read Full Post »

hari ni bangun dengan penuh keseksaan.. letih dan penat badan blom hilang.. nak sambung cuti, tak boleh plak. erk, bukan tak boleh, tak sanggup.. hahaha.. dalam paper hari ni, cuti kakitangan awam dikurangkan selama 5 hari.. seb baik la tu untuk lantikan 1 januari 09.. saya akan pilih opsyen untuk kekal 30 hari..

nak citer sket pasal hari ni.. keluar dari umah pukul 7.50 pagi.. dah ready dengan bersemangat untuk menempuh jem kat area rumah ni.. bila sampai jalan besar, jalan tetiba lengang.. mane gi kete2 semua eh? perjalanan hari ni lancar je.. sampai opis awal.. 3 minit lebih awal berbanding hari jumaat yang lepas..

plan hari ni nak tunggu ksu.. pastu baru tau, pagi ni ada miting post-cab kat damansara.. so kompom satu pagi dia takdak.. gi bekfes dulu sbb tau takda keje urgent pagi ni… lepas bekfes, tepon sales opis utk satu resort kat kl, nak suh dia datang amik Local Order (L.O) sbb dah lama terperap atas meja ni.. alih2 dia cakap takda orang yg leh gi amik LO tu.. memandangkan takda keje sangat, so saya pon offer diri untuk pegi menghantar LO tu ke jalan semarak, KL. rajin kan? rajin ada makna…

tengahari plak, ksu gi miting lain kat opis.. tangguh lagi perbincangan pasal kursus perancangan tenaga manusia isnin ni.. dok kelahi ngan EO pasal mulut dia tu becok sgt… kureng respek kat orang lain.. buat2 bajet 09 sket, pastu gi kaco orang lain.. ahahaha.. petangnya, bila pengarah masuk opis, ajak dia gi jumpa ksu skali.. then dia bgtau ksu dah balik, gi jumpa menteri kat tempat lain.. aiyokkk… satu hari menunggu peluang yang tak kunjung tiba…hihihhi.. 5.30 sharp, call orang ittew, ajak balik awal.. sbb lapo.. haha

bosan ah hari ni.. takda mood sangat nak melakukan apa2 yang bermanfaat..

last2, petang tadi sbelom balik, bincang ngan pengarah utk postpone kursus yang sepatutnya bermula isnin ni… then bhgn antarabangsa bgtau pulak yg simposium yang juga sepatutnya buat hari isnin n selasa ni dipostpone ke tarikh lain.. hmmm.. something fishy…

Read Full Post »

Raya lagi..

tak abeh lg penat driving untuk perjalanan 14 jam hari ni! nak tido, mata belum mau lelap. mencabar arrr pemanduan hari ni.. laju tu tak hengat dah.. skarang ni tunggu surat dari PDRM.. tak tau bape keping akan diterima..

raya korban kali ni memang menuntut pengorbanan.. korbankan program diet.. korbankan tayar baru erin… bla bla bla.. tapi best gak ah.. leh tgk lembu tumbang.. huhu… leh jumpa kawan2 baru kat kampung tu.. sampai bachok ari sabtu.. ptg tu tido je.. ahad pon, tido satu hari.. famili sume ingat aku demam. ahaks… padahal letih gilos.. hari isnin pagi, hari raya.. tp pagi tu ujan lebat kat kampung, menidakkan cita-cita utk semayang pagi raya… berbungkus dalam selimut sbb sejuk.. bila hujan dah reda sket, br gerak ke umah pakcik sorang ni.. dia wat korban lembu.. lama jugak la nak tunggu tukang sembelih nak datang sbb dia ada banyak umah nak di kunjungi.. dalam pkl 10.30 baru la dia tiba… kejap je sembelih lembu tu.. yg lamanya nak lapah daging, bahagi lagi 7 bahagian dan masak daging lembu.. makan nasi kat umah pakcik tu sblm balik ke umah famili… kat umah famili, goreng daging lagi… makan nasik lagi… malam nya plak, terbaring kekenyangan sbb tak larat dah nak makan nasik…

hari selasa tu adalah hari outing aku.. pagi2 lagi dah kuar umah, gi jemput MySayang.com utk ke pasir putih.. kawan masa studi kat ukm dulu kawen and buat kenduri hari rabu.. tp tak dan nak gi sbb rabu adalah hari perjalanan balik ke putrajaya. lepas jengok ain kat pasir putih dan lepas makan nasik kat umah dia, kitorang gi balik umah kejap. nak kenalkan MySayang.com kepada famili yang dah bape kali dok tanya, bila dia nak datang ke umah. kat umah, makan nasik lagi.. balik dari umah famili, gi jengok lydia, anak azra yg comel tu.. terserempak ngan zizi, adik ina.

lepas anta MySayang.com balik umah dia, aku gi jalan2 kat bachok, nak cari car wash. jumpa satu tempat, tapi tutup lak. iskk.. pusing2 dlm stengah jam tapi tak jumpa.. singgah arr kat petronas, beli shampoo and pengilat tayar… hajat nak balik umah and basuh sendiri.. tiba je kat umah, terkezut tgk umah meriah.. anak2 sedara ayah angkat n orang2 kampung datang bertandang.. kensel hasrat nak memandikan erin…

tok ketua kampung datang malam tu, makan nasi kat umah.. kena la layan kejap walaupun mata mengantok.. pkl 11 aku dah give up.. tak larat.. masuk bilik and zzzzzzzzzzzzzzz….

dalam pada cuti yg singkat ni, otak tak dapat lari dari fikir pasal masalah keje.. ada 2 benda yang tak setel lagi.. ada satu kursus nak buat isnin ni, tapi tadi kSU tak nak sign lg.. takleh lagi nak commit ngan otel and consultant… pasal perpindahan opis ke damansara pon dok main2 lagi dalam pala… mencik tull… kompom pagi2 sok kena masuk opis… jeles lak orang2 kat selangor leh cuti.. hahaha..

mana mau cari RM300 utk renew pasport? nape pasport kena expire sebulan selepas trip ke negara jiran? hadoi la.. pasport pasport.. nape la ko mahal sangat? padahal kalo buat sendiri, ongkos nya baru bape je.. beli kertas, tampal kat dalam satu buku, tulis nama pasport malaysia kat depan tu.. setel sendiri.. cepat… ahaks.. tak pasal2 aku masuk jail sbb wat pasport palsu…

mintak2 la miracle bulan 1 ni, ada kursus ke seminar ke miting ke kat oversea.. leh claim byrn pasport.. hahaha.. kedekut punya worang..

bulan 12 ni penuh ngan kenduri kawen sungguhpon musim ujan.. sabtu lepas kenduri jimi, 13 kenduri nakiah kat segamat, 14 kenduri hata kat perak, 21 kenduri masnizah kat nogori sembilan, pastu sape plak eh.. kenduri aku?jeng jeng jeng.. tunggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

opss.. erin bermasalah lagi hari ni.. tangki air wiper rasanya dah bocor… brake pad kat belakang dah sampai masa utk ditukar… hari tu tukar brake pad depan je.. fulus lagi ni.. iskk.. banyak lak nak pakai duit.. gaji 18 hb ni takleh kaco lagi.. 1/1/09 baru leh keluarkan dari akaun bank… huaaaa…. rezekiii rezekii.. meh datang mencurah-curah meh…

mata sudah mengantok.. sbb jam sudah pkl 12.45am… mau tido sudahhhhhhh.. nite nite eberibodi..

Read Full Post »

Older Posts »