Archive for the 'Uncategorized' Category

12
Jul
09

Joke!

I found this joke in my friend’s facebook… cynical but hilarious..

My Lesbian neighbors gave me a Rolex for my birthday, I think they misunderstood when I said, “I wanna watch”

07
Jul
09

koneksi di pejabat sudah diupgrade!
upgrade

30
Jun
09

cuti…

wow.. dah lama dah tak amik cuti… rasa mcm best je.. pagi tadi bangun terus antar sms kat keyesyu.. cakap nak amik cuti hari ni.. “dato’, good morning.. i’m not feeling well today… wanna take a one day leave”.. then lepas 5 minit dia pon reply.. “ok.. hopefully it’s not because of the stress from the boss.. take care”.. ahaks…

tapi anehnya, bila nak bangun pagi utk gi keje rasa mcm malas sangat.. tapi pagi ni bila cuti, bangun pagi mcm senang giler… dah tak ngantok plak tu.. dah terbalik agaknya dunia skarang.. or maybe dunia aku je..

lepas MyBini.com pegi keje, aku bukak komputer utk cek email and baca paper selain mengFBkan diri kejap.. breakfast honeystarz dan koko crunch.. then bukak tv… dah lama tak tengok tv dengan bebas.. huhu.. siap boleh terlena atas sofa lagi tu.. then gi vacuum satu rumah, kemas dapur… kemas tpt mkn… basuh kain… jemur kain… dan lipat kain.. wahh.. jadi suri rumah satu hari…

sejak kerja di tingkat 9 ni, sibuk je memanjang.. keje bertambah, gaji berkurang.. (i lost my elaun tanggung keje starting this month) kuasa je yg bertambah.. haha.. giler kuasa… ramai yg tanya cemane perasaan keja kat situ.. aku jawab.. baik cari keje lain.. hahaha.. ye la.. lepas kawen tak penah lagi balik on time.. kecuali la time keyesyu takda kat opis.. kesian MyBini.com yg kena tunggu lama kat opis petang2… kekadang rasa bersalah.. tapi seb baik dia paham.. lgpun dah bawak dia jumpa keyesyu and keyesyu pon dah terangkan kat dia.. rasa malu lak kat semua orang.. tp bak kata ayahanda, hal opis jgn bawak balik ke umah, hal umah jangan bawak pegi ke opis.. alhamdulillah skarang ni semuanya ok.. boleh tahan lagi… semuanya under control.. ujung minggu lepas pon kena keja jadi LO utk delegasi singapura… merasa la jugak laluan VIP kat KLIA tu…

dinner

cadangnya esok nak lanjutkan lagi cuti sehari.. tp mcm tak sampai hati tinggalkan boss dan opis yg kelam kabut tu… takpe lah.. nnt2 boleh amik cuti lagi kan?

ujung bulan ni nak cuti lagi.. gi sabah… jom jalan jalan…

24
May
09

Saya akan hadir!

IMG001

23
May
09

Shopping + birthday + present = pokai

adoii.. lemau nya nak update blog skarang.. eehehehe…

tadi kami shopping yang ini…

lh70_1242122056896_l03_LG01

dan ini…

HT964TZ_side_LG02tapi sebab kena tunggu stok, pertengahan bulan Jun ni baru sampai ke rumah kami…

kiranya hadiah birthday untuk mrs pirates tahun nie…

hepi birthday in advance my dear….

02
May
09

Sudah selamat…

Alhamdulillah, tepat jam 9.30 malam, saya sudah menjadi suami orang.. kawan-kawan tolong doakan kebahagiaan kami…

30
Apr
09

campro oh campro!

campro oh campro.. 

aku nak share sket pasal kete campro ni, particularly yang bernama waja…

tahukah anda kereta waja campro ni mempunyai ciri-ciri keselamatan yang amat selamat sehinggakan boleh memeningkan tuan punya kete? 

td gi hantar kereta utk dicarwashkan kat wakaf che yeh. sementara nak tunggu kete siap dibasuh, kitorang pusing2 la pasar tu kejap.. bila nak amik kete tu, tukang basuh kete cakap.. ” abe, bakpo keto tu toksey start injin?” alamak.. aku terus je meluru ke kete, ingatkan diorang dah letak gear kat ‘D’. sebab dulu masa kat melaka aku penah kecohkan encik zul. time tu kat hotel equatorial. bila nak start enjin, tak boleh plak.. rupanya aku dah letak gear kat posisi ‘D’. memang la takleh start. kena letak kat ‘P’ or ‘N’.

bila aku masuk kete, try start enjin, memang takleh idop.. aku nak nervous. sedangkan alarm, horn, radio and aircond boleh plak idup. takdo masalah.. kitorang semua dah muka pucat.. time ni jugak la nak buat hal. padahal esoknya is the biggest event of my life..

my bro call kwn dia mekanik kat kuching, mintak pendapat.. siap suh cabut wayar itu ini and by pass itu ini and sambung itu ini.. aku call lak bakal birasku yg keje proton ittew.. dia datang ke situ. siap call Proton I-Care and AAM utk datang cek.

tukang basuh tu pun mula bercerita, dia takleh nak start enjin. kena tolak kete ke sana sini lepas basuh tu. huhuhu.. kesian plak.. then nak dijadikan cerita, dia call la plak kawan dia utk tlg tgk2 kan.. bila kawan dia si mekanik tu datang, dia tgk kunci, dia tanya, bakpo patoh gini (lebey kurang arr).. cover kunci tu memang patah dah sblm ni.. cuma tak dan je nakgi tukar baru.. dia bgtau, ada satu chip dalam cover kunci tu yg hilang. tanpa chip tu, kete memang takleh start…

kitorang pun mulalah mencari sana sini utk sekeping chip. mind u, tempat tu tempat orang basuh kete okkayyy.. dah la gelap.. menggunapakai cahaya malap dari tempat basuh kete and henpon je..  kunci spare plak takda.. kacau tull..

dekat nak stengah jam kitorang mencari.. dah give up dah time tu. tinggal nak tunggu orang Proton I-Care and AAM datang je.. rokok dah hisap stengah kotak dah.. (hisap memain je, sebab gabra)..

dipendekkan cerita, ada sorang kakak tu terpandang la chip kecik tu kat atas lopak air.. hua hua hua… syukur sesangat bila dah nampak chip tu…

bila pasang balik chip tu kat cover kunci, kete pon dah boleh start… baru lah ku tahu, sebijik chp tu je boleh menyebabkan waja ku nyaris tak balik kolumpo.. hehehe…

so kawan2.. sape yg pakai kete campro, hati2 la jgn sampai hilang plak menatang kecik tu.. kalo cover kunci (jenis yg kunci skali dengan alarm.. satu badan) tu pecah, cepat2 la solotep kan or gi tukar yg baru..

bak kata sepupu ku.. “54 tahun aku idup, baru la first time nengok penyakit kereta macam ni”

27
Apr
09

Ceronotnyeee….

wah, lagi beberapa hari saja lagi.. berdebar? hmmm.. satu pertanyaan yang tidak mungkin aku jawab kalo ditanya.. kenapa? lagi mau tanya ka?

my mum sampai dari kuching pada hari jumaat lepas. malam tadi sibuk mengangkat barang2 untuk dipindah masuk ke rumah baru. nasib baik la mak ada utk supervise.. kalo tak, memang malas rasanya nak mengangkat2 ni.. pagi tadi pun sibuk menyelesaikan semua barang2 ittew.. by noon, 99% barang sudah di bawa masuk ke rumah baru ini.. takda la baru pon, aku masuk umah sewa MySayang.com je. echah rela berkorban pindah ke rumah lain. thanx adeq!! 

my mum masak mee kari tengahari tadi. tapi tak sempat makan banyak pon sebab aku kena gi NIOSH, kena g tengok2 pendaftaran budak2 kursus yang start hari ni. balik2 petang tadi pukul 5.30, tengok rumah dah kemas.. barang2 semua dah disimpan. just nak pasang balik katil je. lepas assemble katil tadi, lega sket sebab at least malam ni mak boleh tido atas katil queen size tu. takda la bentang tilam nipis atas lantai je. selesa sket..

lepas hantar nolee gi klia tadi, kami terus balik rumah tanpa menyinggah ke mana2 sebab dah penat giler seharian mengerjakan barang2 aku yang memang banyak ittew.. kesian gak tgk mak, dalam kete terlena je.. bagus gak dia tertido. at least hilang kejap penatnya. and takda la dia bising2 aku bawak laju tadi. huhu…

mlm ni aku tido kat ‘rumah baru’. tido malam ni akan jadi lebih selesa sebab dalam bilik dah pasang air-cond.. dunia makin panas sekarang.. 

esok aku akan usahakan mengepos kad-kad jemputan yang terakhir.. sape2 yang tak dapat kad, aku n MySayang.com mintak maaf la banyak2. bukan kami tak nak bagi or terlepas pandang, tapi sebab terlalu sibuk sebelum ni.. tapi korang datanglah kenduri tu, walaupun tak sampai kad jemputan coz dalam hati memang kami dah jemput semua yang dikenali. ahaks… sape2 yang menerima kad tu by post, sowie coz tak sempat nak bagi by hand..

lepas kawen ni, aku harap sangat2 aku akan berubah ke arah yang lebih baik. ye la, dah ada tanggungjawab ni, kena la jadi orang yang baik kan? hehe.. semoga tabiat2 yang buruk2 tu, mudah untuk aku tinggalkan.. 

oh ya, mungkin ini lah post terakhir aku untuk hari ini, untuk minggu ini, untuk bulan ini.. dan untuk kali yang terakhir sebagai orang bujang, insyaAllah.. aku akan bertolak ke kelantan pada hari selasa 28 hb dan akan kembali ke sini pada 5hb.. 

kepada u’olls, doakan yang terbaik sahaja untuk kami berdua.. 

we love u!

21
Apr
09

Goodbye Sir

hari ini, terima berita yang kurang enak.. my keyesyu naik pangkat.. good for him coz dpt elaun memangku turus III, but bad news for us, the young officers yang “directly” under him… 

he is a good leader.. throughout the years keje dengan dia, lots of experience dia share dengan kami. he put his trust in us, mould us to become good officers, who can stand tall with him.. and who can talk on his behalf..

datuk, we, at 7th floor, especially the Operation Room’s team, wish you all the best in your new office, and hope that you will not forget us, although often we couldn’t fulfill your expectations. you have been a great guidance to us and hope that your new ministry will also benefit from your leadership… 

**kalo di offer transfer ke kementerian ittew, akan ku pertimbangkan.. hahaha

12
Apr
09

yak aa aww… I like her new style… Stylo beb…




 

November 2009
M T W T F S S
« Jul    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

New Heaven

1. Bedroom Set

2. Bedroom Aircond

3. Living Room Aircond

4. Water Heater

5. Dining Table

6. Kitchen Ware

7. Curtain

8. Sofa Set

9. Home Theatre

10. PS III

11. Wifi

12. New Fridge (three doors)

Top Posts

Blog Stats

  • 11,825 hits

Erin’s Gift

1. Brake Locking System

Erin’s wishlist

1. New Sound System

2. New Cool Tint

3. New Exhausts

4. New Skirting

5. New Rim

6. New Tyres

7. New Color

8. New Spring and Absorber

9. New Sister (Honda Accord 3.0)