Archive for February, 2009

25
Feb
09

Ketahuan

1. put your iTunes, Window Media Player, etc on shuffle (i just play Winamp.. good enough)

2. for each question, press the next button to get your answer.

3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.

4. tag 10 friends.

5. have fun!

IF SOMEONE SAYS ‘ARE YOU OKAY’ YOU SAY?
Total Eclipse of My Heart

HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
Jatuh

WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
Bukan Kasihku

HOW DO YOU FEEL TODAY?
Bubbly

WHAT IS YOUR LIFE’S PURPOSE?
Sampai Hujung Nyawa

WHAT’S YOUR MOTTO?
Teman

WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Aurora

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Para-para Sakura

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Aku Tetap Milikmu

WHAT IS 2 + 2?
Tak Seindah Wajah

WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
Make A Memory

WHAT IS YOUR LIFE STORY?
11 Januari

WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Aku Bukan Pilihan Hatimu

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Bila Cinta

WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
Gotta Be Somebody

WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
Seribu Tahun

WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
Cinta Dalam Hati

WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
Baby

IS YOUR BIGGEST SECRET?
Pantun Budi

WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
Mengenangmu

WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
Photograph

WHAT WILL YOU POST THIS AS?
Ketahuan

10 orang bertuah:

1. Nolee (kena buat sekali lagi)

2. Aimi (ko pun buat lagi sekali)

3. Norfa (cik buat tau… lupa kan tesis tu utk 10 minit)

4. K-Lyn

5. Echah (ko pun kena jugak)

6. Niza Epun

7. Yantie Zul

8. Tengku Azah

9. Shazana Teh

10. Nurul Adlina

mungkin susah korang nak cari masa utk wat tag ni.. tp buat la.. its fun…

20
Feb
09

Saya mau balik!

tak sabar rasanya nak balik malaysia.. bosan dok lama2 kat negeri orang.. kawan2… jom berkumpul kat umah nolee and echah pada malam selasa nnt!!

13
Feb
09

Condolence

Takziah untuk ADEQ… be tough!

12
Feb
09

Take A Break

rehat kejap dari issue India ni.. baca lak issue pasal National..

“NATIONAL” issues…

NATIONAL EXCUSE FOR HAIR LOSS:
Ajinomoto

NATIONAL INSTANT FOOD :
Maggi Mee.

NATIONAL BREAKFAST :
Nasi Lemak

NATIONAL LUNCH :
Nasi Ayam

NATIONAL SUPPER :
Roti Canai & Teh Tarik

NATIONAL EXCUSE FOR BEING LATE:
Traffic Jam.

NATIONAL CONDOM:
None. Most Malaysians still feel embarrassed buying condoms.
So they rushed into a 7-11, hurriedly grab the nearest pack,any pack,
pay and leave before the cashier can even blink an eye

NATIONAL FRUIT FOR INDUCING MENSTRUATION:
Pineapple.

NATIONAL APHRODISIAC DRINK:
Stout. Many Malaysian men swear by it. But then after a few pints they
start swearing at everything.. .

NATIONAL FAKE ILLNESS FOR GETTING MC (MEN):
Food Poisoning.

NATIONAL FAKE ILLNESS FOR GETTING MC (WOMEN):
Menstrual Pain

NATIONAL EXCUSES GIVEN BY WOMEN WHEN REFUSING SEX:
Headache, kids not asleep, maid not asleep, mother-in-law around,
early appointment, food not digested yet, aircond not cold enough,
aircond too cold, nail polish not dry yet, forgot to take the pill,
sleepy, stomach cramps, period, haven’t remove make-up,
haven’t shower, no water supply, going to watch ” Santa Barbara “,
depress, no mood, etc…

NATIONAL EXCUSES GIVEN BY MEN WHEN REFUSING SEX:
None. Malaysian men never refuse sex.

NATIONAL CURE FOR DIARRHOEA :
Cap Kaki Tiga. Down one bottle with warm water and you are all
“dried up”.

NATIONAL CURE FOR HEADACHES:
Panadol. The “cure for all”. If it fails we have another secret weapon
: Tiger Balm.

NATIONAL CURE FOR NAUSEA :
Moh Fah Kor.

NATIONAL CURE FOR DIZZINESS:
Minyak Angin Cap Kapak.

NATIONAL CAUSE OF DIZZINESS (FOR YUPPIES):
Happy Hours.

NATIONAL INSTANT CURE FOR DIZZINESS (FOR YUPPIES):
The sight of a police road block.

NATIONAL WATCH :
Petaling Street”boutique” watch

NATIONAL WATCH FOR YUPPIES :
Petaling Street”boutique” Rolex

NATIONAL RICE COOKER :
“NATIONAL” Rice Cooker

NATIONAL RUBBISH DUMP:
Anywhere. As long as it is not your house.

NATIONAL MOST MIS-PRONOUNCED NAME:
Carrefour. Sometimes even pronounced as Carry 4!
On second thoughts, why bother pronouncing those French brands
like Peugeot, Renault or Citroen correctly.
I think it sounds better,when the local mechanics say “Pew Jeot”.
When I was in school, Milo was always ‘Mee Lo’, now that I’m
sophisticated, I say “My Lo”.
So don’t be embarassed saying “Carry 4″ when the Mat Sallehs
shamelessly pronounce orang utan as “rangutan”.

11
Feb
09

Road to Delhi – Pict Story

ni sebahagian daripada gambar-gambar… banyak lagi tak dan nak upload..

dsc_00331

dsc_0039kat blakang tu lah lotus temple…

dsc_0047me and en mus..

dsc_0066friends from afghanistan dan botswana (negara asal citer God Must Be Crazy.. huhu)

dsc_0075kawan-kawan dari estonia, russia, armenia dan afghanistan..

dsc_0112

dsc_0132tapak arkeologi tu..

dsc_0136

dsc_0139

dsc_0148

dsc_0155

dsc_0163

dsc_0173

dsc_0316

ni awek i dari afghanistan.. hahaha.. comel tak?

more pictures kat facebook…

10
Feb
09

Catatan -3

6 Februari 2009

Masih lagi tidak sihat. Malam tadi demam teruk sampai tak lena tidur. Badan menggigil, kejap2 berpeluh, kejap2 sakit perut.. dahsyat sungguh penangan India ni. Pagi tadi minta en mus panggilkan doktor. Sadly doktor takleh nak datang pagi ni. Tapi dia bagi perscription ubat, suh beli kat farmasi. En mus terpaksa berjalan kaki ke nearby hospital untuk dapatkan ubat demam dan selesema. Lepas makan ubat tu, mula nak berpeluh banyak. Rasa ok sket lepas berpeluh. Tapi perut masih lagi sakit. Huhuhu..

Pagi tadi tak larat nak pegi dewan makan untuk bekfes. So en mus minta katerer tu hantar makanan ke bilik. Lepas makan, muntah dan cirit birit lagi. Bila ok sket, baru gi kelas. Nasib baik la kelas hari2 start pukul 10 pagi. Bila tengahari, dah mula rasa semacam. Badan jadi lemah, otak jadi mabuk. Lunch hour aku tak amik lunch. Balik bilik terus tido. Kelas petang pon aku skip. Tak terjaga dari tido. Agaknya en mus pon nak suh aku rehat dalam bilik je. Dalam pukul 3, ada orang tekan loceng bilik aku dan bagitau doktor tunggu kat depan bilik seminar. So, aku pon gi ar jumpa doktor tu. Dia bagi preskripsi ubat yang baru dan suh beli kat farmasi. Aku balik bilik dulu, pastu tertido sampai pkl 7, sampaikan tak gi pun beli ubat-ubat tu.

Malam ni kami diraikan oleh pEngarah Institut dalam satu jamuan makan malam. Group kami seramai 16 orang turut disertai oleh 5 orang peserta yang baru sampai dari afghanistan. Ada sorang tu memang comel gilos… tapi macam jual mahal je. Hehehe..

Selain kami berdua dari malaysia, peserta-peserta lain datangnya dari mozambique, armenia, russia, estonia, kenya, botswana, mongolia, afrika selatan, afghanistan, filipina, laos, bhutan dan mauritius. Memang seronok bila dapat kenal orang dari negara lain. Dapat gambaran macam mane negara-negara yang pelbagai ni. Aku baru tau yg malaysia ada mengeksport pelbagai barangan elektrik ke kenya. Baru tau yang orang afghanistan begitu menyanjungi malaysia sebagai negara islam yang paling berjaya. Hahaha…

Esok kami akan ke delhi. Akan pergi melawat beberapa tempat menarik di sekitar delhi. Rasanya tak sabar nakgi amik gambar banyak2. Huhu.. tunggu ya, balik malaysia nanti aku akan upload untuk tontonan ramai.

8 Februari 2009

Hari ini hari ahad. Kalau hari ahad di malaysia, aku akan bangun sekitar waktu tengahari setelah tidur dari pukul 7 pagi. Just in time utk pegi ke bayu, kedai makan yang best dekat dengan rumah. Tapi hari ini, hari ahad pertama di india, aku dikejutkan pada pukul 6.30 pagi. Seperti biasa, ada budak datang hantar cha-hi. Cha-hi ni adalah teh panas yang sedap. Macam jugak dengan the tarik di malaysia, Cuma cha-hi ni dia tak reti tarik. Ahaha.. kat sini, setiap pagi sekitar pukul 6.30 hingga 7.15 pagi, diorang sediakan teh ni dan hantar terus ke bilik. Malam tadi kami kepenatan setelah bersiar-siar di sekitar delhi. Ada 6 tempat yang kami lawat.

Lawatan pertama ke lotus temple. Temple ni adalah tempat untuk orang baha’i. tempatnya menarik, cukup luas untuk saujana mata memandang. Seperti biasa, cuaca di delhi amat sejuk. Sekitar 13-16 darjah celcius. Lotus temple mempunyai kawasan yang sangat menarik, dengan sekitar temple ni ditumbuhi dengan pokok yang dijaga dengan rapi dan padang yang menghijau, terlalu cantik untuk didescribe. Dalam temple tu, ada satu dewan untuk meditation yang boleh memuatkan seramai 1300 orang pada satu2 masa. Bangunan temple ni resemble sekuntum bunga lotus or teratai. Terdapat 27 petals yang menjadi bumbung temple ni. Petal berkenaan dibuat daripada konkrit dan mula dibuka pada tahun 1986. Kami dibawa memasuki dewan ini dan disuruh bertafakur sejenak. Guide tu cakap any religion boleh meditasi di sini. Tapi aku dengan en mus dan kawan2 dari afghanistan cuma masuk untuk melihat dewan berkenaan. Mane boleh ikut kepercayaan diorang kan? Lepas dua tiga minit, kami keluar dari dewan tersebut dan amik kesempatan untuk mengambil gambar. Ramai pengunjung yang datang hari ni, mungkin sebab hari sabtu kot. Bangunan temple ni dibuat hasil daripada derma orang ramai yang beragama Baha’i di seluruh dunia. Sekeliling temple ni terdapat 9 kolam yang airnya jernih dan bersih. Nak masuk ke kawasan temple ni kena buka kasut. Kaki memang sejuk bangat arr.. huhu…

Tempat kedua adalah merupakan sebuah tapak arkeologi yang terkenal di delhi. Basically, tinggalan bangunan di sini merupakan sebuah masjid lama yang dibina pada tahun 1193 oleh seorang raja bernama Qudbuddin Aibak daripada dinasti Mamluk. Asalnya tapak masjid ini merupakan 7 buah kuil Hindu yang dirobohkan oleh raja berkenaan untuk membina masjid ini. Betapa hebatnya Islam di India pada suatu ketika dulu sehingga boleh terjadinya keadaan di mana kuil dirobohkan untuk membina masjid. Subhanallah. Tapak masjid ini mempunyai beberapa ruang yang besar. Tiang-tiang dan dinding bangunan ini diukir dengan ayat-ayat Al-Quran dan senibina Islam yang datang dari negeri Arab. Seriously aku rasa sangat cantik dengan menara yang tinggi dan besar. Ada satu ruang yang luas untuk sembahyang (prayer hall). Tinggalan bangunan ni diiktiraf sebagai World Heritage Monument oleh UN. Sekitar tinggalan bangunan ni dihiasi dengan padang rumput yang luas dan dijaga rapi. Ada juga orang amik kesempatan baring di atas padang ni. Bersih dan cantik. Kalau lah malaysia ada tempat macam ni, rasanya takda orang nak pegi midvalley or klcc or alamanda untuk lepak. Very nice for a family gath.

Kemudian, kami dibawa ke rumah Indra Ghandi. Indira Ghandi merupakan Perdana Menteri wanita pertama India. Beliau ditembak mati pada tahun 31 Oktober 1984. Aku tak berapa ingat kesah wanita ini, tapi yang pasti, beliau banyak merubah keadaan politik India pada masa tersebut sehinggakan kematian beliau dianggap tragedi terburuk India selepas kematian Mahatma Ghandi. Sekarang, rumah kediaman beliau dijadikan memorial/museum untuk memaparkan corak kehidupan seorang pejuang India. Dalam memorial ini, ada banyak koleksi buku, pingat dan gambar-gambar beliau selain barang-barang persendirian. Kalau nak tau kesah Indira Ghandi, anda bolehlah menggooglekan “Indira Ghandi” dan dalam sekelip mata akan dapat jawapannya. Hahahaha…

Dari Memorial Indira Ghandi, kami dibawa ke sekitar Bangunan Pejabat Presiden India. Tapi kami tidak dibenarkan untuk berkeliaran di kawasan berkenaan. Ala, sama jugak dengan Bangunan Putra Perdana. Mane leh main-main kat depan tu kan. Kang tak pasal2 muka masuk frontpage suratkhabar. Hhuhu.. kami juga nampak banguan Parlimen India yang unik. Rasa rugi plak diorang tak benarkan kami turun dari bas. Cuma boleh amik gambar dari atas bas sahaja.

Kemudian, kami sampai ke India Gate, yang terletak sepelaung sahaja dari Kompleks Pejabat Presiden tadi. India Gate ni aku tak tau apa kesah sebenarnya. Di situ Cuma terdapat satu pintu gerbang yang diukir nama-nama askar India yang mati semasa berperang dengan France, Mesopotamia, Persia dan banyak lagi medan perang. Ada obor yang menyala di situ sepanjang masa dan dikawal ketat oleh askar marin rasanya. Dari India Gate ni, kita boleh nampak Bangunan Presiden. Ala, macam kat putrajaya, kalo berdiri dari PICC, boleh nampak Pejabat PM. Kalo dari pejabat PM, boleh nampak PICC straight je kan? Sama gak arr kat sini. Rasanya dulu diorang amik concept India Gate ni kot, tapi bezanya PICC menggantikan India Gate. Hehehe… di sekitar India Gate ni, terdapat ramai orang yang berniaga kecil2an. Menjual aiskrim, buah, cenderamata dan ada juga yang offer amik gambar dan print terus dalam masa dua minit. 2 keping gambar harganya Rs40 or RM3.10.

Dari India Gate, kami ke Memorial Mahatma Ghandi plak. Personally, aku suka baca pasal Mahatma Ghandi ni dan apa yang diperjuangkan dan bagaimana beliau memperjuangkannya. Mayat Ghandi disemadikan di satu kawasan yang luas di tengah-tengah memorial ni. Di atas kuburnya dibina satu platform yang diperbuat daripada batu marmar hitam yang cantik, dikelilingi oleh marble putih yang dibina menyerupai pagar. Di sekeliling pagar berkenaan adalah padang hijau yang luas dan dijagai rapi dengan pokok2 renek yang comel2, rumput yang sentiasa dipotong secara manual (maksudnya ornag cabut or kerat rumput tu pakai tangan, bukan pakai mesin). Ghandi meninggal dunia pada 30 Januari 1948. Pada tahun 1951, memorial ini dibina melalui satu Akta Parlimen India. Hebatkan? Satu quote dari Ghandi.. “If India takes up the doctrine of the sword, she will cease to be the pride of my heart. My life is dedicated to the service of India through the religion of non-violence.” Satu lagi yang best.. Ghandi pernah berkata.. “Live simply so that others may simply live..”

Destinasi terakhir kami ada outing kali ini adalah ke sebuah temple hindu yang besar dan terkenal. Kami sampai ke temple ni lebih kurang pukul 5 petang. Sebelum memasuki temple ni, kami diingatkan bahawa semua handphone, cecair, kamera, video camera, pen drive, mekap, dan banyak lagi barang-barang peribadi tidak dibenarkan di bawa masuk. Masa nak masuk ke kawasan tu, ada security check yang teramat lah ketat sehinggakan kami diarahkan untuk membuka tali pinggang dan mengeluarkan wallet masing-masing. Rokok dan lighter pun tidak dibenarkan dibawa masuk. Apabila masuk ke kawasan temple ni, kami dibawa ke sebuah taman di mana terdapat patung-patung yang diperbuat daripada gangsa. Patung-patung ni mempunyai pengkisahan sendiri. Ada 4 kawasan yang menempatkan 4 kategori patung berkenaan. Yang pertama menceritakan tentang dewa-dewa agama Hindu. Kawasan kedua menceritakan mengenai raja-raja India pada suatu ketika dulu. Kemudian, patung-patung negarawan yang banyak berjasa kepada India dan kawasan keempat memaparkan wanita-wanita yang paling berjasa di India semenjak zaman raja yang lama giler dulu. Kemudian kami dibawa memasuki temple berkenaan untuk lawatan. Kami diarah lagi sekali untuk menanggalkan kasut. Dah la suasana sekeliling sejuk bangat, lantai marble di situ menambahkan lagi kesejukan diri. Tarikan utama di temple berkenaan adalah musical fountain yang begitu menarik dan cantik. Ia mengisahkan seorang putera raja dari zaman beliau dilahirkan sehingga lah beliau berkahwin dan berjuang menentang kuasa jahat. Cemane aku paham cerita musical fountain ni? Ada sorang kawan dari afghanistan ni faham tentang kisah ini dan menceritakan kepada aku masa fountain ni berirama. Pada aku, musical fountain ni lagi menarik dari pada persembahan bunga api di putrajaya or fountain di alamanda or klcc.

Kami bergerak balik ke NOIDA pada jam 7.30 malam dan sampai ke hostel dalam pukul 8.45 malam. Aku terus dinner dan ajak en mus pegi beli ubat nyamuk sebab tak tahan dengan nyamuk2 yang macam kamikaze kat sini.

India mempunyai banyak tempat yang menarik dan bersejarah, eventhough i don’t think it’s a good place to shop. Walaupun banyak tempat shopping dan banyak barang yang menarik yang takda kat malaysia, tapi harganya mahal.

05
Feb
09

Update – 2

Hari ini tiada update yang dapat diberikan sebab saya mengalami demam panas dan selesema… Doakan saya kembali sehat eh.. tengkiu

04
Feb
09

Catatan – 1

2 feb 2009

Alhamdulillah, setelah hampir 5 jam kekebasan bontot dalam kapal terbang, jam 11.45 tghari waktu tempatan (1.30 pm waktu malaysia) aku sampai jugak ke negara India ni. First time menjejakkan kaki ke sini. Kalo tak kerana kerja, tak tau la boleh ke tak sampai sini. Tapi sebelum pape, just nak komen, imigresen India ni tak berapa friendly. Tak pernah nak senyum. Bila bagi balik pasport tu, main hempas atas meja je. Iskk.. mujurlah imigresen Malaysia tak macam tu. Slalu je penuh ngan senyuman. Huhuhu.. Ketibaan di airport delhi ni disambut oleh wakil daripada Institut Perburuhan Kebangsaan India. “Mr. Abdul Rahman” ditulis atas signage kad tu. Haha.. gelak kejap. Dari airport ke institut, kitorang naik kete suzuki. Model nya tak bape ingat tapi kalo kat malaysia, equivalent to kancil la.. kitorang berlima, encik driver, encik penyambut, aku, en mus dan pompuan dari mozambique memenuhkan kete kecil tu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke institut di daerah NOIDA. Amaran kepada sesiapa yang takut nak drive.. jangan datang ke sini sebab nanti anda semua akan fobia dan menjerit ketakutan. Hahaha.. kat sini, amalam mengehon adalah satu kewajiban. Kalo kat malaysia, orang yg dok tekan2 hon ni dah lama kena sumpah. Tapi kat sini, sepanjang jalan memang tak pernah sunyi dengan bunyi hon. And then, trafik kat sini sungguh kelam kabut giler. Tak leh nak digambarkan betapa nervous nya dok dalam kete yang asyik menyelit sana sini dan sentiasa hampir nak bergesel dengan kete lain. Dalam pukul 12.30 tgh hari, kami SELAMAT sampai di institut. Kawasan yang agak menarik tetapi terletak betul2 di simpang jalan utama. Lepas cek in kat hostel, kami di bawa ke bilik masing-masing oleh someone yang aku rasa ala-ala Pembantu Am Pejabat kalo kat malaysia. Kami ditunjukkan kemudahan yang ada di dalam bilik. Takda menda sangat pon. Ada aircond yang takkan digunakan sebab cuaca sini sejuk bangat, ada water heater yang memang melucukan. Ada tv dan air mineral dua botol besar. PAP tu cakap, kalo nak guna water heater, kena onkan suis nya dulu dan tunggu selama “Ten seconds”. Baru la air tu boleh panas. So bila aku nak mandi, aku onkan dan tunggu 10 saat. Air tu tak jugak panas2. Aku ingatkan heater tu rosak. Tapi aku tunggu gak sampai la 10 minit baru air tu hangat. Hahaha.. budak tu tak reti beza seconds dan minutes. Hehehe… Lunch pukul 1 petang. Tadi kitorang disajikan dengan nasi, dal, kentang dan ayam goreng. Semua makanan halal sebab dalam kursus ni, hampir 80% adalah peserta beragama Islam. Lepas balik ke bilik, try nak cek wifi connection, tetapi hampa. Tak da connection rupanya. Sangap la nampaknya dok 3 minggu di sini. Petang tadi masa dihabiskan dengan berehat dan tido coz aku pun rasa sungguh tak sehat. Selesema dan demam sikit2. Sakit tekak since daripada malaysia lagi. Lepas bangun dr tido dan menentukan arah kiblat, aku dengan cik mus berjalan2 sekitar institut yang tak sebesar Intan Bukit Kiara. Then kami decided untuk ke pasar yang berdekatan. Naik beca dengan dikayuh oleh orang tempatan dengan bayaran Rs25. Kesian orang itu yang terpaksa berkerah sepenuh tenaga untuk mengayuh beca nya yang berat. Hahaha… Kami pergi ke sebuah pasaar yang bernama Atta Market. Mulanya kami bercadang untuk ke Great India Palace, sebuah shopping mall yang terletak berhampiran dengan Atta Market. Tapi pengayuh beca tu salah faham dan drop kami di Atta Market. Market ni lebih kurang macam uptown gak arr.. Cuma tak banyak gerai, banyak kedai2 je. Ada banyak jual kain-kain ela tapi tak menarik pada pandangan mataku. Ada juga jual sari tapi aku tak beli coz aku rasa boleh survey banyak tempat lagi. Sebelum bertolak dari malaysia, dah ramai yang ingatkan supaya jangan makan sembarangan, jangan minum sembarangan dan jangan merayau sembarangan. Rupanya keadaan di India ni sungguh berdebu dan highly not reccommended to orang yang menghidap penyakit lelah dan athma. Teruk seyyy.. even kat Atta Market tu pon macam berhabuk all the time. Tadi sempat borak ngan orang dari institut ni. Dia cakap kat sini tak banyak hujan so memang berdebu dan berhabuk banyak. Ok, back to Atta Market, kami spent masa lebih kurang sejam untuk pusing2 di sekitar pasar. Harga barang-barang kat sini boley tahan jugak. Tapi dalam banyak2 barang yang dijual, kami Cuma beli selipar je. Ahhaha.. dalam bilik di institut tu, takyah pakai aircond or kipas dah. Memang seju. So tile kat dalam bilik memang sejuk, leh rasa sampai ke tulang. So, kami beli selipar untuk alas kaki dalam bilik. Then aku beli satu pek sim kad no India ni. Kalo kat sana, maxis dan celcom. Kat sini vodafone dan airtel yang banyak orang guna. Aku beli nombor airtel.. sape nak call aku leh try call no ni.. +919717366126. Macam dah jadi warganegara india la plak. Ohhh tidakkk… Kami bertolak balik dari Atta Market jam 8.10 malam. Naik tutt tutt… huhu.. tutt tutt ni just in case korang tak tau adalah sama macam tutt tutt yang ada di indonesia dan thailand. Enjin vespa yang diubahsuai dan body yang berbentuk kereta. Cuma takda pintu dan takda tingkap. Sampai je kat institut, kami terus dinner dan balik ke bilik. Stakat ni je catatan hari pertama di V.V. Giri National Labour Institute, NOIDA, India.

3 feb 2009

Hari ni merupakan hari kedua di NOIDA. Pendaftaran kursus bermula hari ni. Bangun pagi tadi pkl 6 pagi. Sesudah subuh, dok lepak tengok tv. HBO je yg boleh dilayan kat sini. Tu pun banyak iklan dia, tak macam HBO malaysia yang takda iklan. Channel lain semuanya dalam bahasa yang tidak difahami. Hahaha. Even cartoon network, animal planet dan star movies dialih suara siap-siap dalam bahasa diorang. Selesema masih lagi melanda. Even demam pon macam tak kebah lagi. Teruk tull. Breakfast kat sini start pukul 8.30 pagi. Pukul 10.30 bermula lah sesi pendaftaran. Then, ada introduction tentang institut ini oleh Program Officer. Perasmian kursus oleh Pengarah Institut, dan kemudiannya ada course overview oleh fellow kanan institut ini. Pukul 1 dah break untuk lunch. Masuk balik pukul 2.30 dan kelas tamat pukul 3.45 pm. Heheheh… macam simple sangat perjalanan kelas hari ni. Memang tak heavy pon sebab first day. Tapi yang pasti, dalam jadual, setiap hari kelas akan bermula pada pukul 10.00 pagi, morning coffee break pukul 11.15, lunch pukul 1.00 petang dan kelas akan tamat pukul 4.15 petang. Kalau orang malaysia ada jadual macam ni, memang tak habeh la keje nampaknya. Pagi tadi aku amik kesempatan utk call puan norlin, orang nombor dua di embassy malaysia. Thanx to abang khai yang memberikan nombr fon puan tu. Lepas bagi semua detail, dia jemput kami ke embassy ada sabtu ini sebab ada gathering untuk perayaan CNY. Jumaat ni semua peserta akan menikmati dinner bersama tuan pengarah institut. Aku pon dah lupa nama dia. Sabtu ni kami dijadualkan untuk melawat sekitar new delhi. Macam-macam tempat yang akan dilawati di delhi nanti. Sabtu depan kami akan dibawa ke Agra pulak. Untuk sesiapa yang tak tahu, di Agra tu lah terletaknya Taj Mahal, lambang cinta seorang maharaja kepada maharaninya. Huhuhu… dan kami akan diberi peluang memasuki Taj Mahal. Bestnya! Petang tadi aku dengan en. Mus pergi ke satu shopping mall dekat dengan Atta Market. Mall tu nama nya Great India Place. Tempat nya besar, seakan-akan alamanda. Ada banyak kedai kat situ, even ada kedai-kedai berjenama such as Bossini, Levi’s, Osim dan lain-lain lagi. Agaknya sekarang musim sale kot, macam malaysian mega sale. Sebab semua kedai menawarkan diskaun sampai 70%. Kami tak spent masa yang lama kat sana sebab eventhough ada sale, still sari dan shawl yang dijual agak mahal. Kami singgah pula kat Atta Market. Rupanya market ni lebih besar daripada apa yg kami sangkakan sebab semalam kami cuma pergi about one quarter of the market itself. Kami singgah di satu kedai di mana en mus dengan gembiranya memborong kain sari. Saya tak beli banyak sebab tak bawa banyak duit. Malam ni agak penat sebab banyak berjalan di pasar tadi. Esok belum ada plan lagi nak pegi mana, tapi kami dah diberitahu bahawa ada a few lagi places yang ada jual barang2 cenderamata. Nak beli ke tak eh? Huhhu.. Sekian sahaja catatan untuk hari kedua di NOIDA. Jumpa lagi..

p/s: gambar akan diupload kemudian.. lupa nak copy masuk pen drive tadi.. huhu

p/s lagi: selamat berangkat ke bandung untuk MySayang.com dan lain-lain ahli rombongan…

03
Feb
09

Update

nanti dalam sehari dua saya akan update perkembangan di sini… disebabkan kat sini takda wifi, so ia sedikit sebanyak telah menyukarkan perhubungan yang efektif.. hahaha

01
Feb
09

01022009328

tengok lah orang sakit ni.. lepas kena cucuk, gi shopping.. ehehehe..

she waked me up early this morning.. and told me that she’s not feeling well.. ciann.. so i brought her to the hospital. alhamdulillah takda pape sangat..

hopefully u r going to sembuh before i leave tomorrow morning dear…

take care… muaxxxxx

couple




 

February 2009
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728  

New Heaven

1. Bedroom Set

2. Bedroom Aircond

3. Living Room Aircond

4. Water Heater

5. Dining Table

6. Kitchen Ware

7. Curtain

8. Sofa Set

9. Home Theatre

10. PS III

11. Wifi

12. New Fridge (three doors)

Top Posts

Blog Stats

  • 11,825 hits

Erin’s Gift

1. Brake Locking System

Erin’s wishlist

1. New Sound System

2. New Cool Tint

3. New Exhausts

4. New Skirting

5. New Rim

6. New Tyres

7. New Color

8. New Spring and Absorber

9. New Sister (Honda Accord 3.0)