Pengenalan
Ketumbit merupakan jangkitan pada pinggir kelopak mata yang mengakibatkan bisul kecil yang berkembang pada bahagian tersebut. Ketumbit boleh dibahagikan kepada ketumbit luaran, iaitu apabila jangkitan berlaku pada folikel-folikel yang terdapat pada bulu mata, atau ketumbit dalaman, iaitu apabila jangkitan berlaku pada kelenjar minyak yang terdapat pada kelopak mata.
Ketumbit kebiasaannya terjadi pada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, orang dewasa juga berkemungkinan untuk mendapat ketumbit, bergantung kepada tahap penjagaan mata mereka.
Penyebab
Ketumbit adalah disebabkan oleh kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata menjadi tersumbat. Kelenjar minyak yang telah tersumbat ini kebiasaannya akan dijangkiti oleh bakteria seperti bakteria Staphylococcus aureus. Penghasilan atau pengumpulan minyak yang berlebihan menyediakan keadaan yang sesuai untuk pembiakan bakteria. Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan kelenjar minyak tersumbat ialah :
* Tekanan
* Pertukaran hormon
* Mengguna peralatan solek yang sama buat satu jangka masa yang lama atau yang telah dijangkiti oleh bacteria
* Diabetis
* Kandungan lemak yang tinggi dalam badan
* Kekurangan vitamin dalam badan
Patogenesis
Kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata tersumbat dan mengakibatkan minyak yang dihasilkan oleh kelenjar berkenaan berkumpul dan mengalir keluar daripada dinding kelenjar tersebut membentuk seperti gumpalan kecil (bisul) di pinggir kelopak mata. Bisul tersebut kebiasaannya amat sakit, berwarna merah dan bernodul. Kebiasaannya, kelenjar minyak yang tersumbat amat mudah dijangkiti oleh bakteria dan ini menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yang teruk dan kawasan di sekitar kelopak mata yang terlibat menjadi kemerahan.
Ketumbit kebiasaannya kelihatan putih atau kekuningan seperti jerawat. Ketumbit boleh berlaku pada bahagian sebelah mata sahaja atau kadangkala ia boleh melibatkan kedua-dua belah mata dalam satu masa, secara serentak.
Bisul yang terhasil pada kebiasaannya akan surut dengan sendirinya apabila bahan yang menutup lubang kelenjar minyak tersebut dialihkan. Jangkitan oleh bakteria juga akan pulih apabila nanah dikeluarkan dan bahagian kelenjar tersebut dibersihkan.
Simptom-simptom
* Bisul di bahagian atas atau bawah kelopak mata
* Bengkak di sekeliling kelopak mata
* Sakit
* Kelopak mata menjadi merah
* Kelopak mata terasa sakit apabila disentuh
* Mata menjadi pedih
* Mata berair
* Gatal-gatal di kawasan bisul
* Pesakit berasa tidak selesa semasa mengelipkan mata
* Sensitif kepada cahaya yang cerah
NYatalah ketumbit ni takda kena mengena dengan mengintai anak dara orang tgh mandi ke hape ke…
(thanx wiki wiki)
hahahha…. aku baca je artikel u ni.. kelopak mata kiri aku terus berbisul ketumbit.. heheheh..
nasib aku selalu bawa 1 ulas bawang putih.. dapatlah aku melegakannya dengan cecair bawang putih ni…
tq for the info.
Selain akan surut sendiri.Ada tak cara untuk menghilangkan ketumbit yang selalu menyerang isteri saya…….
Perlukan bantuan
T.Kasih
adoyai..bangun2 tdo pg tadi dah kena ketumbit
so, cmne nk pulihkn msalah ketumbit niy
Mudah je…
janagn risau..
ambik BAWANG PUTIH seulas… hancurkan… dan letakkan airnya kat Ketumbit tu… biarkan sahaja, jangan bilas… kuantiti.. bergantung pada besarnya ketumbit tu ya…
buat sehari je…
pagi,. tengahari dan malam sebelum tidur…
i grerenti.. esok pagi ia akan hilang!!!…
u akan sembuh 100%
Insyallah…
buatlah sekarang!
aduhhh!!1
da 4 bulan ketumbit neh..
xilang2..
camner neh???
ish….ketumbit aq kat 1 bulan lebih dh ar………..xsakit pom,,,,ruper dyer mcm ade bebola kecik jer lam kelopak mater….first g jumper doc,dye bg antibiotik kaler kunig+hjau or…(raser2 nyer ar) ngan ubat sapu kt ketumbit tuh…scond 2, xjdi jgk…aq pegi lagik, diyer bg ubat sapu yg samer cumer antibiotik jer yg laen,,,yg kaler pink punyer,,,,,TP X BERKESAN GAK…………. KENE OPERATE KER NI?????
HELP ME PLIZZZ
aq dh ar tgh ketumbit..
arap2 ar dpt cipat cembuh..
amin..
ni saye tgah kena ketumbit lah ni… sakit betul mata… tapi yg timbul tu kat sebelam dalm kelopak mata… huwwwaaa… (*-*)
saye pun baru je ade ketumbit.
cecair bawang putih tu pedih ke ?
ketumbit saye ni dkt belah dlm kelopak mate kot.
mmg btol sakit kalau pegang dan sensitif dgn cahaya cerah.
juga berair, pedih dan merah.
mungkin kerana kurang vitamin.
saye harap cecair bawang putih tu dpt sembuhkan ketumbit saye ni. terime kasih sbab bgtau.
aku pon kena ketumbit gak..hilang kemachoan dan ketampanan aku..hhahaaha..